Kau Suka, Kau Follow ^_^v

27 February 2011

Isu Air Takda - Aku Bahagia! :D

Assalamualaikum! :)

Selamat petang kawan2. Rindu aku tak?? Rindu tak??ngeh2. Di kala ini, dalam seharian ni, baru sekali aku pergi toilet. Ape kes cakap pasal benda ni kan? Ni la yang aku nak cerita. Even aku sakit perot, aku tahan Jebat! Kalau nak solat pon, bukan main susah nak carik air wuduk. Kalau boleh nak tayamum ha. Tapi aku merajinkan diri jugak carik air di belok pentadbiran. Dah la jauh. Kalau pergi sana berpeloh2, lepas mandi, sampai bilek pon berpeloh2 balek. Baik tak payah mandi. Haish. Actually nya, kat sini tengah krisis air! Dah 2 hari jugak kot. Gila kering toilet floor aku. Selalunya, lantai kompem basah lenjun! Kalau jalan atas tu, mesti nak tergelincir punya. Tapi disebabkan ke-takda-an air ni, segala aktiviti yang memerlukan air, semua terpaksa diberhentikan. Termasuklah memasak air untuk buat minum.

Tapi! Harini aku dapat berita gembira! :D
BIRO KEBAJIKAN DAN PENGADUAN AWAM:
ISU AIR : UPDATED : bilik masak semua dah ada, bilik mandi yg aras bawah dah ada.atas xda.. TANGKI SEDANG DIISI AIR BARU, OLEH ITU JANGAN GUNA AIR DI BILIK MANDI SECARA BERLEBIHAN BAGI MEMBERI MASA SEHINGGA TANGKI PENUH..BERJIMAT CERMATLAH..SEKIAN .TERIMA KASIH.. 
Sumber air dah ada! yeepee! :D Hope air ni dah betol2 pulih. Banyak gila baju busuk aku belom basuh. Sekarang asyik rotate je baju yang ada. haha. Gila kepam. Kepada warga kat luar kawasan Kg. Raja ni. korang bersyukur la kat tempat korang ada air. Susah amat sangat xde air ni! Sampai 'panggilan alam' pon aku tak boleh nak tunaikan. Ntah macam mana rupa 'makhlok2' tersebut dalam perot aku ni kan?? ~_~

3 comments:

syazwanikasturi said...

tahan jebat??????????? pe tuu??

Unknown said...

gile ah,,,susah kalau xde air

eiymnajmie said...

kami nk ayer..kami nk ayer..salah sape sume nie?? hehehe