Kau Suka, Kau Follow ^_^v

27 February 2011

Ni La Perempuan

Assalamualaikum! :)

Tadi tengah dalam toilet, tiba2 dapat ilham nak buat entry. Asal dalam toilet je, mesti idea masuk. Kenapa ek?? Nak cerita pasal perempuan la. Including aku kerana aku memang seorang perempuan. Tadi ter-imbau kenangan lamaa, yang mengusik jiwa, rasa macam bodoh pon ada jugak. 

Ni la perempuan. Kalau nak bersiap, mesti nak ber-jam-jam. Tu kalau jenis suka melaram. Aku besiap kejap je. Setengah jam kot. Oke la tu kan? hehe. Ni la perempuan. Kalau tengah nak period tu, emosi kemain! Yela, tak boleh solat kan? So xde darah dalam kepala sebab tak sujud. Tu pasal cepat naik angin tu. Sabor jelaa~ Ni la perempuan. Kalau dah jumpa dengan kawan2 seperjuangan, mesti ada ter-mengumpat. TER! bukan sengaja. Contohnya aku. Tak sengaja! Niat di hati nak wujudkan topik baru je. :P Ni la perempuan. Kalau tang jaga body, huih, nombor satu! Sanggop tak makan nasik ber-bulan-bulan. Pastu berat naik sikit, mula la cuak. haha. *ntah bila aku nak berisi sedikit. Ni la perempuan. Kalau dah terlalu dalam sifat penyayang nya tu, tak kisah la kat haiwan ke, manusia ke, mesti jadik obses gila! Kalau jumpa binatang comel je, geram. Kalau jumpa baby comel gebu kiut miut, mesti geram. Rasa macam nak culik je. haih. Ni la perempuan. Kalau jumpa pakwe hensem je, mesti nak toleh. Bukan toleh je, tenung sampai tembos! Well,memuji ciptaan Tuhan.. ;) Ni la perempuan. Kalau jenis kuat shoping, jumpa barang yang dia suka, sanggop perabis duit. Tapi kalau beli makanan termahal seringgit pon nak marah. Ni la perempuan. Kalau dia betol2 sayang dekat orang yang tinggalkan dia, kompem nangis tak berenti. Kalau iekasub? maximum 2 tahun la. Bukan nangis tak berenti-berenti! Banjir la dunia! Maksudnya, susah nak lupa. Kalau ter-ingat orang tu, mula la merembes. Lenjun selimut and bantal. *Tak buat camtu dah. tobat.haha. ngok sangat~ Ni la perempuan. Kalau dah bercakap, memang tak reti nak berenti! Ha kan dah panjang macam esei. Ni la perempuan, memang banyak cakap. Oke dah cukup wahai perempuan. Fullstop!

Isu Air Takda - Aku Bahagia! :D

Assalamualaikum! :)

Selamat petang kawan2. Rindu aku tak?? Rindu tak??ngeh2. Di kala ini, dalam seharian ni, baru sekali aku pergi toilet. Ape kes cakap pasal benda ni kan? Ni la yang aku nak cerita. Even aku sakit perot, aku tahan Jebat! Kalau nak solat pon, bukan main susah nak carik air wuduk. Kalau boleh nak tayamum ha. Tapi aku merajinkan diri jugak carik air di belok pentadbiran. Dah la jauh. Kalau pergi sana berpeloh2, lepas mandi, sampai bilek pon berpeloh2 balek. Baik tak payah mandi. Haish. Actually nya, kat sini tengah krisis air! Dah 2 hari jugak kot. Gila kering toilet floor aku. Selalunya, lantai kompem basah lenjun! Kalau jalan atas tu, mesti nak tergelincir punya. Tapi disebabkan ke-takda-an air ni, segala aktiviti yang memerlukan air, semua terpaksa diberhentikan. Termasuklah memasak air untuk buat minum.

Tapi! Harini aku dapat berita gembira! :D
BIRO KEBAJIKAN DAN PENGADUAN AWAM:
ISU AIR : UPDATED : bilik masak semua dah ada, bilik mandi yg aras bawah dah ada.atas xda.. TANGKI SEDANG DIISI AIR BARU, OLEH ITU JANGAN GUNA AIR DI BILIK MANDI SECARA BERLEBIHAN BAGI MEMBERI MASA SEHINGGA TANGKI PENUH..BERJIMAT CERMATLAH..SEKIAN .TERIMA KASIH.. 
Sumber air dah ada! yeepee! :D Hope air ni dah betol2 pulih. Banyak gila baju busuk aku belom basuh. Sekarang asyik rotate je baju yang ada. haha. Gila kepam. Kepada warga kat luar kawasan Kg. Raja ni. korang bersyukur la kat tempat korang ada air. Susah amat sangat xde air ni! Sampai 'panggilan alam' pon aku tak boleh nak tunaikan. Ntah macam mana rupa 'makhlok2' tersebut dalam perot aku ni kan?? ~_~

26 February 2011

Jom Heboh, Kuala Terengganu

Assalamualaikum! :)

Happy weekend everyone! Seronok kan hujung minggu? Tiap minggu, hari paling terrbaik adalah hari hujung minggu. Betol tak? Kalau time tu hari isnin, mesti korang dah piker 'bila la nak hari sabtu ni....' kan kan kan?? Baik korang ngaku. Tipu dosa. haha. Tapi aku sedih sebab harini hari hujung minggu aku dah habis. Esok kelas weyh! adoih~ Duduk terengganu kan.. sebab tu esok, ahad, dah kelas. Kelas?? Menci menci menci! eww, donut sangatt~~

Macam biasa, aku takkan biar kan hujung minggu aku berjalan tanpa aktiviti2 yang mencabar dan ekstream! So semalam aku ke Jom Heboh kat Kuala Terengganu! :)) Gila ekstream aktiviti aku. haha. Serios ekstream weyh sebab kat sana panas gila bapok ah! Rentung weyh. Dah la pakai baju hitam semalam. Sumpah panas! *tapi tak nafi la panas akhirat lagi dua kali panas.. T.T Panas macam mana pon, shoping tetap shoping! ngeh3. Ketiak menangis-nangis ni sebab panas sangat tapi tetap photoshoot. Dalam gambar bajet cool gile la sedangkan muka peloh2 mintak kena lap. aih. Control babe~~ Ada la usha beberapa artis. Tapi tak kisah pon sebab aku tak minat nak amek tau hal artis. Poyo gile aku. :P 



Penat jalan, penat shoping, penat bergelak ketawa, akhirnya kami pulang ke maktab dengan shoping bag berbakul-bakul di tangan. Minggu depan pergi Pineng. Semoga pintu nafsu shoping aku tertutup sebentar. Kalau tak, memang aku makan plastik la bulan2 seterusnya =_=''

23 February 2011

Malu Nak Cakap La..Aih

Assalamualaikum! *pipi merah*

Aku rasa malu betol harini. Serios malu betol! Rasa macam nak tekop muka pakai baldi! Senior tu pon satulaa.. Aku tau la ko suka tengok aku, tak payah la stare sampai macam tu sekali. Cantik jugak aku rupanya sampai tengok macam tu. haha. *perasan betul. rasa macam nak tampar diri sendiri.

Aku bukan la nak cakap aku lawa or cantik or menarik hati. Dah dia pandang aku camtu! Aku perasan la sengsorang! Pastu dia tegor aku pulak! Aih~ tersipu2 betol! Time tu tak pikir apa dah. Memang rasa malu yang amat lah! 

Time tu aku berdua je. Dengan member baik aku. Baru lepas berjoging and tengok bola. Berjemur la kan. Senior tu tegor aku and berlakulah perbualan yang agak comel:

Senior: sorang je ke? (dalam hati pelik. Tak nampak ke member aku sorang lagi sebelah ni??Rabun ea? Rasa macam nak kasi pinjam spek aku)

Aku: Ha?? Ni sebelah ni ape? (merujuk kepada member aku ni la)

Senior: (Sengih lebarrr sangat. senyum mengejek. dia pikir aku tak paham la kan. Memang aku buat2 tak paham pon. hihi) Tak paham ea? Tak pelah. (sengih makin lebat)

Aku: (buat terpinga-pinga. Dalam hati rasa macam nak bagi makan sup kasut. dah paham sangat perangai dia. Dia memang selalu sakat aku macam tu)

Lepas tu dia belahh. Aku gelak sakan la sebab tak sangka dia suka tengok aku.hahahaha. Senior tu sebenarnya nak kata yang AKU NI HITAM SO TAK NAMPAK AKU. ecece. Kalau nak ngorat aku, cakap la kan... mentang2 aku hitam plus manis and pakai spek putih, bergigi cantik dan putih berseri.. patot pon dia boleh nampak aku kan. Agaknya dari jaoh nampak gigi aku dengan spek aku je.hahah. 

Alahai senior. I dah biasa la youu..  You ingat I nak terasa laa.. Tidak sama sekali *angkat hidung

Hitam And Iekasub Sehati Sejiwa. Tiada sapa yang dapat pisahkan kami melainkan 
Tia Amelia.hahahaha.


20 February 2011

Baru 2 kali tengok bola secara live since 6 tahun! aih~

Assalamualaikum! :D

Nak cerita nak ceritaa! Hihi. Sorie ter-excited gila la pulak. Oke hentikan ke-hyper-an itu. Cerita nya begini, tadi aku pegi tengok bola secara live! har8. *jakun macam babun punggung kalerfull. After 17 tahun weyh baru aku dapat tengok orang main bola live! Last time tengok masa 6 tahun. Teringat dulu bersorak lompat2 atas kerusi lepas tu jatuh gedebuk sebab salah lompat. Dah la orang buat bodoh je sebab stadium tu bising and sorang pon tak perasan aku jatuh termasuk ibu dengan abah aku! Adoih~ sadis betol. Tadi tengok live pon bukan dalam stadium. Tengok dekat padang maktab je pon, ada Liga Ibnu Majid. Time tu rasa macam nak je lari laju-laju pergi padang nak main sekali. Kalau ikotkan hati, nak jadik striker. XD


Tengok supporters pakai jersey, rasa macam nak satu jugak! Nak jerseyy!! Nak nombor 17!!

18 February 2011

Planning Baik Punya

Assalamualaikum! :D

Aku blur nak buat apa sekarang ni. Tadi terlintas nak buat GIVEAWAY kepada sapa2 la yang agak2 murah rezeki. Agak2nya kalau aku buat, ada tak yang nak join?? Kalau ada, sila komen! haha. Segala planning masih diteruskan. Tengah cuba pikir kan hadiah apa nak kasi ni. Hadiah apekah??? hmmmm~~~

Orang Lain Punya Birthday, Aku Yang Dapat Hadiah!

Assalamualaikum orang kampungg! :D

Lama tak post entry banyak2! So aku membalas dendam dengan meng-follow orang seramai mungkin sampai kena detect spam.haha. Nasib badan. 

^_______________________________^

Nampak tahap ke-sengih-an aku yang paling panjang untuk harini?? Tak nampak?? Pegi amek kanta pembesar cepatt! *dulu suka main kanta pembesar dekat lab sekolah and memBESARkan hidung and jerawat kawan2.haha

Sengih ni sebab tadi dapat hadiah! Hadiah birthday tahun lepas. Tulaa iekasub. Keluar lagi bulan doblas. Kan dah lambat dapat hadiah? Harini birthday member aku di kampung. Birthday dia, tapi aku pulak yang dapat hadiah. So, dia jelez. Sorila apiz.haha. Pape pon, sukaa sangat! :D Terharu gila amat sangat sampai boleh jadi sewel. And also cake! Favourite cake pulak. aih. Suke bebenor eden raso! Benda tu comel. And yang best sangat sampai boleh jadi sewel tu sebab before ni dah usha benda tu! But time meng-usha di kedai tu, aku dah beli purse. So aku tanam dan kurungkan impian nak benda tu. Finally i got it! Alhamdulillah. Rezeki aku :D

Mood: Tersangat gembira and tak sampai hati nak pakai benda tu sebab takot rosak. :P
Hadiah ditempatkan: Masih dalam kotak dan di locker. Tempat paling selamat. 



Terima kasih kasi aku kongsi ke-happy-an bersama korang. Peace! ^_^V



Saja taknak tunjuk gambar. Malas nak upload :))

17 February 2011

Pagi-pagi Dah Berikrar

Assalamualaikum! :)

Morning morningggg!! Sejuknyee~~brr.. Sekarang pukul 7.44am. First time aku bangun awal time hujung minggu sebab semalam before isyak lagi aku dah tumbang ketiduran. Penat lepas event maulud semalam. Memang best la krohh krohh sampai 2.55am. Tekejot and baru teringat aku belom isyak. Terus bangun tanpa memikirkan apa2. haha. Aku online pagi2 ni sebab nak menjalankan tugas di FB. Tugas yang mesti dijalankan atas kepercayaan yang orang dah kasi. Tugas untuk harini sebagai konduktor bus! See. Perempuan pon boleh jadi konductor bus tau?? hehe. Aku buat kerja ni sebab ni salah satu kerja as seorang exco JPP kat maktab ni haa~ Menjaga kebajikan kaum hawa tulah kerja terpenting aku. Member cakap, ko pon tak berapa nak perempuan tapi kena jaga kebajikan wanita. haha. Bia la! Nanti aku pon boleh jadi ayuuuu~~ :P

Sekarang, aku berikrar aku akan bertugas sehabis baik. And they will have my word. Thank youu. 


Best of luck to iekasub :)

16 February 2011

Joging?? Adoiii....

Assalamualaikum! :D

Tadi aku pegi joging! After adalaa dalam 3 bulan tak pernah berjoging. Aku memang sangat pemalas kalau bab2 pergi joging ni. Kalau suruh main game lain takpe, tapi bukan joging! Akhirnya, aku dapat hidayah jugak la nak turun ber-joging sebab aku rasa macam kalori dalam badan ni dah berbakul-bakul. 

Aku tak suka pegi joging sebab :

Orang kata joging ni dapat menguruskan badan! Tauu..and aku rasa aku dah kurus! sebab tu aku taknak joging.hahahhaa :P

Pastu orang cakap, joging ni dapat keluarkan peluh. Ala! Kalau aku turun naik tangga hari2 ni pon dah peluh2. Buat apa nak joging lagi??

Joging pon dapat meng-usha pakwe hensem. Pandangan gadis2. haha. Duhh! Hari2 aku usha pakwe hensem kat kampus. Tak payah joging pon takpe.

Then orang cakap joging ni membuatkan pengaliran darah kita bagus. Oke finee... Aku hari2 jalan jaoh2 pegi kuliah tu pon dah boleh mengalirkan darah aku yang tersumbat ni. Apa joging2 ni??? Aish.

Macam tu la pandangan aku dengan joging ni. Serios tak minat joging. Tapi! mulai harini, aku boleh la start menyukai sukan ni sebab aku teramat sangat boring tadi dekat bilik and aku pon pegi la join bestie aku yang gila ber-joging. Setengah round jalan, setengah round lagi joging. Sumpah penat! @_@ Tapi best jugak rupanya. hehe. Esok nak pegi lagi lah! :P

p/s: berapa banyak kali aku guna perkataan joging?? Jawap2!


14 February 2011

Rindu Nak Berarak Dengan Sepanduk Besarr :D

Assalamualaikum! :)

First of all, nak wish Selamat Maulidur Rasul kepada semua warga Islam di muka bumi Allah ni.. :)

Bile tengok je kalendar yang harini Hari Maulud, teringat pulak zaman-zaman sekolah rendah dulu. Mesti akan sambut maulud ni. Nanti mula lah sekolah bizi dengan persediaan untuk sambutan hari yang mulia ni. Planning macam2! Yang paling best part nak berarak. Sukaa! :D Sekarang suka lah. Kalau dulu, dok mengeluh je bila sebut pasal berarak sebab nanti kena panas terik! And masa tu kanak-kanak lagi oke? So, cam tak matang siket. heh. 

Nanti kena pakai baju kurung sama kaler! Ustazah suruh pakai baju hijau, kitorang pon pakai la baju hijau. Tapi tudungnya kuning! Dulu memang la goblok cket. Buta warna. haha. Kalau boleh, pakai tudung tu, serkop aku tutup dahi. Tudung ke belakang. Time tu rasa aku la orang paling semmart! Rupanya selekeh betol kalau tengok balik gambar lama. Dengan hitam legam nya. Selekeh betol lah!

Teringin nak jadik orang yang angkat sepanduk besar tu. Yela, aku kan maskulin,haha. Tapi apakan daya. Dulu zaman sekolah aku kemetot bebenor! Berapa cm jela ketinggian aku ni. Masa form 4 baru badan aku melonjak naik. Ni pon masih ketot.haha. *berharap boleh tinggi lagi.

Sekarang, dah tak terlibat dah dengan aktiviti berarak tu. Rindu kot~ mmmm..Nak jadik budak sekolah rendah balik boleh??

12 February 2011

Kausar dan Aiman. Semoga berbahagia selamanya :)

Assalamualaikum! :)

Semalam, 11022011 kawan sekolah menengah aku kat SSPCBJ dulu, dah kawen! :D Serios tak sangka dia akan jadik orang pertama yang kawen dalan batch Pioneer0307. Dulu dia macam kitorang jugak. Tak matured, kanak2 cket, suka lawak2 bengong. Sekarang dah jadi isteri orang! Mereka sangat bahagia~ Sweet sangat. Taktau la apa sejarah diorang kenal macam mana semua..yang penting mereka dah kawen! Tengok gambar2 akad nikah dan gambar majlis yang sangat simple, berbaju putih, rasa suci sangat. Aku rasa macam nak kawen cepat! huu. Seronok kalau kita dah jumpa imam kita. Semoga hari itu akan tiba. hehe. Semua perempuan nak kawen tau! Termasuk aku yang maskulin ni. heh. :P 

Majlis mereka buat kat Shiffield, UK. Diorang belajar dekat Eqypt. Serios suka sangat tengok gambar diorang.. :)) Kepada Aiman dan Kausar, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..Tahniaah! Love much!

Iekasub#169.


(Rindu zaman sekolah. Takde ke Universiti yang semua pelajarnya perempuan??huk3)

10 February 2011

Tambah Koleksi Selipar Jepun *bahagia

Assalamualaikum! :D


Hihi! Ni la buah hati saya yang baruu! ^^, akhirnya tercapai nak bela sekor lagi selipar jamban. Comel! Sebab tu beli! haha. Kaler purple youuu~! I sukaaa~~ Rasa girlish gitu! XD 
Abaikan saiz 7 tu. Gedabak kan kaki untuk seorang yang katik lagi pendek seperti aku??
Selipar ni boleh squeez squeez tau?? Nampak tak 'squeez me' tu? Dye sangat soft sebab tu boleh main squeez2.haha. Kaki aku kompom tak sakit kalau nak berjalan jauh. Paham2 la. Iekasub memang kuat jalan. 
Nasihat kepada kalian, jom la beli jugakk! The more the merrierrrr! :D

09 February 2011

Jom Pergi Usrah

Assalamualaikum! :)

Just a short entry for now.. sebab nak kena rush! Belum mandi ni tapi jap lagi nak pergi usrah dah. hee. 
Tajuk harini ciri2 suami apa ntah~ macam excited sebab best ape tajuk tu?? haha. *gatal.
Keyh, out! ^^,

*rindu nak ber-blog walking. Asyik takde mase je..huk3

08 February 2011

Elaun Dah Masuk

Assalamualaikum! :DD

Bila rasa gembira tepuk tangan, clap clap. Bila rasa gembira tepuk tangan, clap clap. 
Bila rasa gembira beginilah caranya, bila rasa gembira tepuk tangan, clap clap! :DD

Gembira rasanya bila elaun dah masuk. Boleh la meng-habis kan nya. haha. Hampagas punya manusia. Orang kasi duit suruh belajar, aku pergi perabis pulak. Tapi aku perabis ke jalan yang benarrr.... hehehehe. Penat la mesin ATM nak bekerja jap lagi. Berhempas pulas nak keluarkan duit untuk piranha2 sekalian seperti aku. Jangan time aku nak keluarkan duit dye out of service pulak dah la! Aku robohkan jugak mesin ATM tu kang.

Pape pon, alhamdulillah sangat :)))) Sekarang dah pandai berjimat. HOPE SO. haha. Semoga duit2 ku ini tak habis2 sampai hujung sem. Kalau tak, nak get ready maggi sekotak.

06 February 2011

Layan Hindustan

Assalamualaikum! :D

Yello everybody! Iekasub kembali ber-blogging di terengganu lepas seminggu cuti holiday di rumah. Macam biasaa~ homesick itu pasti ada.. tapi tu benda kecik je! Bila dah masuk maktab ni, pikiran aku memang selalu menerawang. Hari2 berfikir! Duduk rumah rilek je tak payah pike macam2. Duduk sini, hari2 pike nak pakai baju kurung yang mana and hari2 pike esok ada subjek apa plus hari2 pike nak makan apa! urrgh. @_@ Bila dah pusing hari2 pike ini macam, wa mula la rasa bengong dan geram lantas wa mengambil hardick wa and melayan movie2 yang bekepuk banyaknya dalam itu barang. Godek punya godek, wa tejumpa satu cerita hindustan. 

I HATE LUV STORYS



Sekarang masih melayan cerita tu. Baru 1/4. Buat masa ni menarik! Hero hensem rasa macam nak ngorat plus awek cun rasa macam nak jadik macam dye. haha. Ada sapa2 dah tengok?? Kalau dah tengok dok diam2! Bagi aku feel jap. :D

Oke, sudah hilang rasa pening yang membencikan, jom sambung layan!

03 February 2011

Last Day At Home

Assalamualaikum ya habibi ya maulana, cabut gigi guna spanar! 

Aku frust ni. Nampak tak ke-frust-an aku?? Tak nampak?? Cuba tenung hidung aku ni? ada ciri2 kembang kempis tengah frust tak?? Ish. Ni nak marah ni. Hari ni last day duduk rumah! Aaaa!! Esok sudah mau pulang ke tanah air oh terengganuku. huk3~ Kuciwaaa.... Kenapakah cutiku ini sekejap saja? Mengapa seminggu? Kenapa tidak setahun? Alah kau iekasub. Kang kalau dapat cuti setahun, kau nak tambah jadik 4 tahun. Tak reti nak bersyukur ke? Sepuk kang. 

Tiket dah beli. Tinggalkan nak naik je bus mahligai tu. Balik sorang. Macam biasa. Aku suka balik sengsorang. Tenang :) Tapi kalau ada geng terjumpa dalam bus tu pon xde hal punya! Boleh share duit naik teksi! hihi. Bila balik nanti, akan bermula la tugas aku sebagai penulis esaimen yang berjaya, peminat bank BSN yang sanggup beratur lama2 untuk menghabiskan duit elaun, dan juga sebagai penjual tudung yang berjaya. muhaha. Hanya aku yang tau. Diam2 saja sudah :D 

Doakan aku selamat sampai ye anak2? Macam biasa, doakan jugak ada orang yang baik hati nak tolong aku angkat barang yang banyak tu. Errkk. Ada la pulak orang nak tolong tu? @_@

'Contest Si Manis Berbaju Kurung'

Assalamualaikum! :)
 
Mood agak tunggang-langgang ni.. Tapi dengan semangat yang jitu dan unggul, aku nak join kontes yang menarik ni! Thanks S.Y.A.R.Q sebab tagged saya! ^^, Kontes ni kena pakai baju kurung. Memang suka la sebab hari2 aku pakai baju kurung. Bakal cikgu kan? Almari pon dah roboh sebab baju kurung banyak sangat. haha. Kaum2 hawa sekalian, jom la join! Mesti korang nampak ayu pakai baju kurung.. ^^,
 
 
 
Ni je syarat2 yang simple dari Cik Azaliah Hj. Salleh kalau nak join:


Jadi dengan ini, saya dengan malu malu hamster nya nak kasi gambar ni. ayu tak saya?? :P

Gambar ni dah lama..spek pon masih frame hitam ^^v
 
Nak tag 3 gadis ayu!

Terima kasih melihat! :)

02 February 2011

"YOU ARE SWEET BLOGGER LIKE CANDY "

Assalamualaikum! :D

PERHATIAN PERHATIAN! Saya dengan ini meng-isytiharkan bahawa iekasub telah mendapat seketul award yang sangat chumil daripada Cik Nurul Harnani! :D so sweett~~ Thank you dear! Nak award ni?? Pergi terjah blog beliau dengan kadar segera! Lari pecut cepatt!


Ni la award tu! I Bangga you! :D Terasa sweet disitu walau agak maskulin. Hik3


To dear Nurul Harnani, thank youu again! :))


Nak tagged 5 orang sahabat :
5. Lulu