Kau Suka, Kau Follow ^_^v

29 April 2011

Ibu Yang Belajar, Anaknya Yang Buat Esaiman

Assalamualaikum! :)

Aku nak share story yang simple je harini. Cenggini ceritanya ;

Ibu     :     Kak, siap esaimen ibu, ibu kasi RM100. *gelak jahat.
Iekasub     :     (Speechless) *malas! tapi mahu. ka-ching! hahahaha



Moral of the story    :     kena buat la kalau nak duit tu. rezki jatuh dari langit oooo... aku tengah pokai pulak ni..hahah

25 April 2011

Bagi Hadiah. Mesti Seseorang Tu Akan Happy =)

Assalamualaikum! :)


Sedap kan ferrero tu? Kan kan kan? Rasa macam nak sikit kan.... hehe. Kalau nak, beli sendiri keyh? ;)
Apa perasaan korang kalau dapat hadiah? Seronok kan?? Lagi2 kalau hadiah tu supriseee! Kalau aku, dah melompat tahap paling tinggi yang aku boleh sampai. Ni la salah satu cara nak buat orang bahagia. Tak kesah la kengkawan ke..family ke..insyaAllah la xde sape yang tak suka dapat hadiah.kalau ada, orang tu memang pelik.. :P Aku pegang satu kata2 ni.

Kalau kita nak hidup bahagia, kita kena bahagiakan orang di sekeliling kita. 

So true kan? Kalau kita buat pasal dengan orang sekeliling kita, mesti la diorang benci kita. Bila dah benci, hidup kita pon porak peranda! hee. Jangan tambah musuh, tapi tambah la kawan ^_^ Kompem! Mesti korang akan enjoy every second of your life. Plus, rasa macam nak mintak hidup ni 25 jam sehari.hehe. 

In a nut shell, bahagiakan la mereka di sekeliling mereka dengan apa cara pon. Lagi2 sahabat kita. Dengan memberi hadiah adalah salah satu caranya. So, kalau ada sapa2 nak buat aku happy, meh hadiah sebijik. Walaupun gula2 Hacks semata. =)

* Gambar tu hadiah untuk senior yang akan kawen hujung minggu ni InsyaAllah. Semoga K.hus & Abg Ikram berbahagia sehingga ke syurga. Amin.

23 April 2011

Tak Mengidam Dah :)

Assalamualaikum! :D

Aku sangat penat harini sebok bertungkus lumus berhempas pulas menyiapkan esaimen. Ada 2 esaimen. mm, 3 actually. esaimen bm, esaimen KRS dengan buku log KRS. Tapi buku log dah pas kat sahabat. So jadi 2 la.hehe. Dua esaimen ni pon gila kentang maha hebat nak menyiapkannya. Budak kelas aku ni pulak, kalau esaimen, tak sah kalau tak lebih dari 100 pages. Gile. Ntah hape laa dalam esaimen diorang. Aku mampu buat sampai 60 je! 60 tu pon bagai nak rak aku setelkan. Dah la partner pergi holiday. Kesian aku buat sengsorang. Sampai lambat makan tau! Kalau orang kuat makan macam aku ni lambat makan, dye akan jadi sangat tak tentu arah and rasa macam mood mula la sorang ke timur, sorang ke barat. Macam tu la aku tadi. Tapi....bila dah setel semuanya, alhamdulillah! :D Elok pulak, aku dah dapat apa yang aku idamkan! *macam orang mengandung dah. Aku dah dapat kek secret recipe chocolate cheese! ni kes ngences lepas tengok gambar2 SR..huu..mengancam wok! Aku dengan member sorang ni pon oder la kek yang diidamkan ni kat kawan yang pergi Kota Bharu. Diorang ada kelas gathering. Gila seronok lah. United sangat mereka ni. *jeles. Lupakan. Jom makan kek! Yummy3~~



Thanks kawan saya yang sudi nak belikan kek ni. Kami suka dan kenyang selepas makan kek ni and burger daging cheese satu ^_^


Ya, aku memang seorang yang kuat makan.

22 April 2011

Komen Cket Pasal Maharaja Lawak Minggu 4

Assalamualaikum :)

Sekarang dah pukul 4:14 AM. Baru lepas marathon maharaja lawak minggu 4. Macam biasa, harapan aku tinggi untuk Sepah, Jozan dan Nabil. 3 geng ni memang terbaik dari ladang la. Tak tipu punya. Sampai la tadi aku perasan, ramai benor dok gembira tengok si Jambu. Aku tak penah pulak tengok si Jambu ni sebab memang tak perasan kehadiran mereka.haha. Kejam ke?? Ye! Kejam sangat! Sebabnya, mereka awesome! Kenapa la aku boleh tak perasan diorang ni kan?? Diorang hebat sangat! Gelak guling2 aku tadi. Siap nangis2 air mata darah! hahaha. Diorang ni terbukti la 'Muka Legend, Tapi Hati Cute'. Bhahahahahahaha



Hidup Jambu! hahahaha

18 April 2011

Harapan =)

Assalamualaikum :)

Harini aku menutup hari aku dengan rasa bahagia di hati. Yela. Kena la bahagia. Kalau tak, mula la nak mimpi seram la apa bagai. Takmau2.hehe

Harapan untuk hari esok, 


SEMOGA HARI ESOK LEBIH BAHAGIA DAN LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI ^_^

Diharapkan korang pon macam ni juga! peace.

17 April 2011

Kalau Tak Boleh Tidur?

Assalamualaikum! 

Lama sangat tak update. Sapa2 yang tersinggah kat blog ni tapi tengok takda update, mintak maaf la ea? Have been very busy plus takda idea nak update apa. Mana ntah idea2 aku pergi. Diorang pergi main lumba lari dengan sang bacteria kot. Sekarang ni, aku dalam keadaan dilema. Dilema nak tidur tunggu sampai mengantuk or nak tidur paksa rela sebab sekarang dah pukul 3 pagi. Katil tidak nampak begitu menggoda malam ni. Aih. Kepala pulak dok pusing pikir nape ko tak reply. Tu bukan masalah. Actually ada cara paling berkesan untuk korang yang tak boleh tidur. Caranya, jeng3!

1. Guna bantal alas kepala. Nak alas pakai kaki memang tak sampai.
2. Mengadap ke kanan. Means, bahu kanan korang akan terpenyek dan terhimpit oleh tilam.
3. Tadah tangan, baca = 
Ya Allah, sesungguhnya aku sedang menganiaya diriku sendiri. 
*Baca sepenuh hati dan penuh kepercayaan.
4. Dan tidur korang pasti akan lena. *disahkan oleh iekasub. sebab aku dah buat. 


So, apa lagi? Dah tau cara nak tidur dikala susah nak tidur kan?? Baca doa tu. Gerenti berkesan. Selamat mencuba! hehe. 

14 April 2011

sangat rajin

Assalamualaikum :)

Sambil mendengar lagu Everywhere-Michelle Branch, kaki melunjur, badan bersandar kemalasan, dalam bilik sejuk mungkin bersuhu 29 darjah celcius, aku tersangat la rajin mencari bahan-bahan esaimen. Memang sangat rajin nampaknya. Setelah jenuh mencari semangat di mana-mana, di cerita Chuck, di nasi goreng cili padi, di lagu-lagu yang didengar, akhirnya aku mendapat kembali semangat yang hilang. Alhamdulillah. :) Semoga aku akan tersangat rajin sampai tak terlelap macam lepas dapat minum redbull. rawr!

11 April 2011

Sisters

Assalamualaikum :)

Siapa yang tak sayang adik sendiri? Pasti semua orang sayangkan adik-adiknya termasuk la aku. Walaupun adik aku ni pemeras ugut, eyh tak, pemeras duit, aku still sayang dia. Keje dia memang memeras duit aku! Takda keje lain. Kau ingat aku ni juragan?? Pemilik Bank Negara? Pokok duit2 pon takde tau?? Habis duit elaun aku nak ikut kehendak dia je. parah2~ huhu. Sekuat mana pon dia memeras aku, bila lagi aku nak bejasa dengan adik aku ni kan? Takpe la even kena perabis duit. Ni pon ada benda lagi dye mintak tapi aku tak dapat nak kasi. Duit dah habis =_=''


Tak leyh bla perasan comel. Keje ko perabis duit aku je kan? Nah hamek ko!

Gila cun! haha. 

Oke, dah puas hati pekena ko. Toodle! ^_^v

10 April 2011

Hiburan Untuk Latihan Tangan

Assalamualaikum! :)

Pagi2 ni kita memerlukan exersice untuk mata supaya vision kita akan menjadi lebih super. so insyaAllah kita akan dapat kuasa Supervision. haha.

Korang boleh try latihan tangan ni kalo nak. Semoga takda yang patah tangan.haha

Hiburan untuk hari ni. Serios awesomeeeeee!! Selamat Menjamu Mata. ^_^v




Sombong People Is Not Cool

Assalamualaikum :)

A very good siang everyone. Today, i want to break2 my bahasa. I am maaf ye. Saja nak break2 your heart. Erk, xde kaitan. Oke cukup2.. Actually, aku nak tunjuk yang aku ni tak sombong..haha. Maksudnya aku ni peramah. Bukan pemarah ye? Kalau korang pemarah, akan banyak la kedut2 yang muncul. So, elakkan dari sifat pemarah. Camni, aku nak kata yang sombong people is not cool at all! paham tak? AT ALL ye anak2? Tapi masalahnya di sini, orang-orang sombong ni dya rasa dye cool. 

'Hey3.. jangan nak perasan sangat. aku jentik hidung tu sampai mancung kang'. 

Orang sombong ni dye rasa macam dye je betul. Tegur cket kesalahan sume tak boleh terime. Kamon laa sombong people.. Kita manusia tak sempurna.. Semua orang akan ada buat kesalahan even tesalah send message atau typo. Tu pon kesalahan jugak kan? And orang sombong ni memang susahhhhhh la sangat nak senyum. Penat dah ni senyum sampai ke cuping telinga! Tapi! Tak dapat sambutan langsung. Kita pun pura-pura lah keluarkan henfon, konong tesengih baca message. adoi.. tapi kadang-kadang, bagus jugak ade orang sombong ni. Boleh buat bahan gelak. Kalau dye buat salah, habis putus urat kentot dapat gelakkan dye. hahah. 

'Oh sorie la wey. Serios aku tak beniat nak gelakkan kau. Tapi urat2 ni rasa geli je nak gelak. kah3.' 

Ha, camtu la nikmatnya dapat gelakkan orang sombong ni. So, kesimpulannya, jangan nak sombong sangat laa kot..sombong ni lagi banyak padah dari faedah. Akhir kata, jangan sombong lah. senang :)

09 April 2011

Kepada Cik Maira Queen ^_^

Assalamualaikum :)

Finally! Aku dah jumpa follower ke-200 yang selama ini ku nanti-nantikan. Akhirnya kau kunjung tiba. Ecewah! Bermadah pulekkk..hehe. Okey cukup. Ni la cik Maira tersebut! 

Kelik gambar nak ke belog beliau :)


Kepada Cik Maira,



HADIAH NANTI SAYA HANTAR OK? TAKE TIME CKET KOT SEBAB HANDMADE.. TUNGGU JE EA.. ^_^


Selamat Bersabahat! Peace.

Sapa yang ke-200 ni??

Assalamualaikum! :) 

Kawan2! Follower saya dah nak sampai 200 orang laa..hee.. tapi sekarang baru 197 la. So lagi 3 orang je. Sapa orang tu ek??

AKU NAK KASI HADIAH KAT FOLLOWER YANG KE-200

hadiah tu simple but nice..handmade punye ^_^

Jom jadi follower aku yang ke-200!!

07 April 2011

Lempengku Bulat

Assalamualaikum! :)

Harini aku nak ajar cara masak lempeng. SANGAT MUDAH. Serios tak tipu. Aku dah buat dah tadi. Aku buat cmni ;

1. Ambil 2 sudu tepung masuk dalam mangkuk (ni nak buat cket je)
2. Letak susu F&N atau susu cecair yang nak buat air teh susu tu. Letak cket buat perasa je
3. Tambah air sampai agak2 cair.
4. Gaul gaul dan gaul sambil ber-gelek macam Inul. 
5. Panaskan kuali yang dah letak minyak cket. Aku guna saiz api paling kecikk sekali yang aku boleh buat.
6. Pastu, aku pon masak la lempeng....

Dah siap! 


aaaa...tapikan..kenapa bentuk dye macam ni??



Bukan ke sepatutnya macam ni??





Aku failed rupanyaa~ Serios SUSAH GILA buat lempeng..... =_=''

Kenapa Makin Malas?

Assalamualaikum..

Dikala ini, aku sedang membuat kerja kursus atau nama omputihnya, esaimen. Esaimeku ini bermata pelajaran Matematik. Sesungguhnya Matematik ni adalah subjek kegemaran ku sebagaimana aku menggemari kangkung belacan. Tetapi, aku sedar yang kini aku mempunyai masalah. Makin lama aku belajar, yang sekarang ni dah semester 3 bagi degree, aku semakin malas! Ya, MALAS. Malas untuk pergi ke kelas, tetapi masih belum pernah skip. Malas untuk membuat kerja kursus, macam sekarang ni. Malas untuk stadi juga. Sedangkan aku menanam impian nak capai 3.75 sem ni. Nak naikkan pointer daripada semester lepas. Siap tampal slip periksa semester lepas yang ciput je lagi nak dapat dean list. Konon keciwa. Ingat dengan menampal slip tersebut pada board bilik aku, rasa semangat nak belajar akan semakin berkobar-kobar. Nampaknya kau tipu-tipu aku. Makin pemalas adalah. Adoi. Macam mana nak naikkan balik semangat aku yang makin lama makin hilang ni? Ada 2 tahun lagi nak tamat kan pengajian. Macam ni ke guru yang akan mendidik anak bangsa nanti?? Guru yang pemalas??

05 April 2011

Maddi Jane. Akan Femes Selepas JB

Assalamualaikum :)


Ada soalan bermain tak dalam fikiran selepas baca perkataan 'Maddi Jane' tu? Tu adalah nama seorang penyanyi baru! She's a girl. Yeah, of course la SHE is a GIRL kan? She's sooo cute! plus adorable voice. Macam Breanne Duren lah :D Kecik lagi..Maybe 11 years kot? Tak habis kaji lagi. Dia belum ada lagu sendiri. Sekarang just nyanyi2 lagu singer lain.. Tapi! Dia bawak lagu tu, sangat best! She will popular macam JB. Tolonglah percaya cakap aku ;D Jom layan one of my favourite! :)







ISN'T SHE CUTE???OMJAYYY~


SEMOGA ANDA TERHIBUR ^_^


SEKIAN.

04 April 2011

Hari Watikah Pelantikan JPP IPGKSM

Assalamualaikum :)

Saat ni, aku sedang berada di rumah sebab dapat MC 5 hari, sambil duduk dalam keadaan tak sopan, badan berbau busuk akibat belum mandi dan juga chicken pox merata di badan dan juga wajah. Wah, betapa cantiknya aku. Macam katak puru. Tapi rasanya masih anggun macam Hamis Jalikha. hue2. Semalam, aku baru je lepas habis Majlis Watikah Pelantikan JPP IPGKSM. Segala penat lelah praktis turun naik stage, kemas2 dewan, urus segala, akhirnya penat kitorang terbalas. Aku dah menjadi JPP 2011/2012 yang sah! tahniah iekasub! :) Dengan wajah yang kachak semalam, serta tangan yang mempunyai chicken merata-rata, aku bersalaman dengan pengarah. Maaf la ye puan pengarah. Kalau puan kena chicken pox lagi sekali, sila jangan carik saya dan jangan black list nama saya untuk dapat dean list ye? Sayang puan pengarah.hek3. Pape pon, bak kata YDP,

YDP : WALAUPUN MAJLIS DAH TAMAT, TUGAS KITA BARU BERMULA

iekasub: (senyum lebar)......(speehless)



p/s: ya, saya akan pegang kata-kata itu 

Sekian. 

Kalau hebat, carik mana aku! Hadiah?? Sori, takde. Aku kedekut orangnya.haha



01 April 2011

Aku Kena Chicken Pox. Tahniah! :D

Assalamualaikum! :)

Lama sangat tak update. Bersawang nampaknya. Sapa ada vacumm? Boleh pinjam tak? Rasa macam nak sedut segala habuk2 sekalian. Kalau penuh sangat sawang tu, korang gosok la skrin lappy korang ye? InsyaAllah hilang la sawang tu.hihi. Btw, aku sekarang sedang diserang chicken pox! Nak tau apa feel aku?? BAHAGIA! WOOHOO! :D Ko kenapa iekasub? Orang lain semua tak suka kena sakit. Aku suka pulak. Of coz la suka! Sebab ni menandakan aku sehat! :) Orang cakap, chicken pox ni semua manusia wajib kena. Aku adalah seorang manusia. Jadi, aku pon tak terkecuali! Lama dah tunggu saat ni. Risau jugak kot2 aku ni bukan manusia.haha. Korang camne? Dah penah kena belom?? Kalau belom, mintak la kena cepat. Kalau kena time2 umur dah lanjut ni, parut susah nak hilang woo. Habislaa parut2 sekalian tak hilangkan jejak masing2. Kalau kena dua kali pulak, bak kata kawan aku, korang kira orang beruntung la. Taktau kenapa dia cakap camtu. Dia penah jadi doktor pakar sakit chicken pox kot.heh. Camne pon, do pray for me oke geng?? Doa la aku cepat baik. Taknak cuti lama2.. Bosan kot! 

Hope Ahad ni chicken pox kat muka tak banyak. Hari Watikah kena la smart2! Kalau tak, naik stage je, pengarah pengsan tengok muka hodoh comel macam shrek. haha.