Kau Suka, Kau Follow ^_^v

31 May 2011

1 Jun 2011 sudah

Dah bulan Jun. hmm. Tak sangka kejap je dah bulan 6. Setengah bulan dalam setahun. Sangat cepat masa berlalu. Apa je ek yang aku dah buat sepanjang setengah tahun ni? Macam banyak buang masa. Bulan Jan, masuk maktab semester baru, mula sem dengan baik after dapat result yang agak memberansangkan. Dapat hadiah dari family. Ye, sangat bahagia. Lepas tu dilantik jadi JPP. alhamdulillah. orang beri kepercayaan untuk pikul tanggungjawab. Life diteruskan. Tak ingat dah apa event yang penting. Sem ni memang busy dari sem lepas2. Tapi lama kelamaan, semangat tu macam hilang. taktau pergi mana. Sampai la hujung sem, exam. Before exam, aku sangat main2. Tak serius. belajar ntah ke laut. jadual exam yang straight sampai 4 paper lagi buat aku tertekan and bertambah tak serius sebab macam dah putus asa. dah jawab exam, aku sangat tak suka dengan apa yang aku dah buat. tak suka. tawakal saja. redha dengan keputusan nanti. and last sekali, holiday. gembira. tapi hati tak tenang setiap kali pikir kan exam tu. T.T semoga dipermudahkan. mengharap sem depan aku sedar! and stop being playfull. serius sikit weyh! semoga hari esok lebih baik dari harini. amin.

*mood : risau.

29 May 2011

Gotong Royong

Cuba angkat tangan sapa yang agak2 penah bergotong royong dalam 2 3 hari lepas? Macam xde je? aik. pelik ni. Oke. cuba angkat tangan sapa yang penah gotong royong, dulu dulu dulu dulu zaman2 kecik2?? fuyoo! ramainya angkat tangan! dah3..takyah angkat beriye sangat. tak nampak pon.hahaha. sukati aku je kan. tapi kalau ikotkan memang sekarang orang susah nak bergotong-royong ni. malas. panas. kaki lenguh. tangan patah. ah, banyak alasan. Orang sekarang dah senang.. 'gotong royong' depan laptop jee..kan senang~ *tangan ke bahu, mata ke atas~ omjayy..laser gila. tett! :P aku pon sama je! haha. sebab tu la, activity gotong royong perdana kat taman perumahan aku harini aku join :') kononnya mendapat kesedaran dalam diri. hue3. poyoss sangat~seronok weyh gotong royong! habis clean taman aku. kutip pampers pon ade tadi.haha. agak hitam ye lepas kembali ke rumah sebab panas. ye, memang panas. ~_~ tapi semangat jati diri tu penting! haha. yang penting, nama aku naik untuk cabutan bertuah. apakan daya kalau dah bertuah. ewah~ tak payah nak bangga diri sangat. sehari bertuah tak selamanya bertuah. oke, itu saja untuk harini. panjang celoteh sebab dah lama blogger ni tak boleh bukak! sakit hati I nyah~ eww. okbye.

19 May 2011

Blogger Telordibasuh.blogspot.com meninggal.. :'(

Dengar je berita ni aku teramat sangat lah sedih tak terkata :'( Mungkin sebab penah berinteraksi dengan dye dalam blogger ni..kira macam dah kenal dye even tak tahu rupa..suka baca blog dye yang macam lucah tapi tak lucah tu..nampak macam orang yang tak penah ada masalah dalam hidup :') aku sangat sentap dengan berita ni. semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.. sedekahkan Al-fatihah untuk beliau~

*aku pasti akan rindu post dari blog dye T.T

18 May 2011

First Paper!

OMG. Pagi nanti dah exam! Sesungguhnya saya teramat sangat gentar nak menghadapi exam ni.huk3. Tak tau lah usaha aku ni macam mana. Yang penting aku sangat cuak. Doakan yang terbaik untuk saya ye kawan2? Doa kalian amat diharapkan. Semoga aku tidur dengan tenang dan memori apa yang aku baca tak hilang.hoho. Selamat malam dunia :)

17 May 2011

Keburukan tidur terlalu lewat dan bangun lambat!

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Sharing Is Caring~!

14 May 2011

"Kalaulah saya seorang guru..."

Memandangkan esok hari guru, dimana ia bermakna, aku juga akan disambut pada hari esok. (walaupun aku hanya seorang bakal guru, tapi insyaAllah satu masa nanti aku akan jadi cikgu jugak.hehe) Aku nak mengucapkan selamat menyambut hari guru buat seluruh warga pendidik di dunia. Tanpa guru, siapalah Perdana Menteri, siapalah Mark Zuckerberg, dan siapalah orang-orang yang berjaya tu tanpa jasa gurunya. Betul x?

So, dengan ini! Saya dengan berbangganya nak masuk segmen yang dibuat hasil berkolaborasi dengan aku, dari Zikeryhassan.hahaha :P


Aku adore sangat banner kau ni Ziq! Cun habis.


Oke, continue. 

Kalaulah saya seorang guru...

Aku nak setiap anak murid aku pakai spek macam aku. hahahaha. Trend setter gitu. Make sure frame putih ye anak murid ku sekalian? Kalau boleh semua barang kelengkapan sekolah nak warna putih. Kalau sapa yang comot, aku denda. haha, gila kuasa.


Kalaulah saya seorang guru...
Aku nak semua murid aku active dan hyper macam aku. hue3. Active tu penting yup! Untuk kesihatan diri dan masa depan. Sapa berat punggung tu aku sebat sorang2. 


Kalaulah saya seorang guru...
Semestinya aku nak semua murid sayangkan aku. hee.. Aku ni penyayang orangnya. Sumpah tak tipu. Aku pasti akan sayang sorang2 murid aku. Sayang luar dan dalam. ;) Bila jumpa aku je, "Cikgu! I love you!" haha. teharuu.. :')


Ni la angan2 kalau aku menjadi seorang cikgu. 
InsyaAllah tahun 2013 aku akan habis belajar and jadi cikgu yang sebenar. Cikgu yang bertanggungjawab dan berkaliber. InsyaAllah. Doakan aku :)

Kenapa Dengan Blogger ni??!

Ish! Aku emosi betul la bila bukak blogger ni..Jangan sampai aku berubah menjadi PINK! hnnss hnnss~
Bila tak boleh bukak memang dah geram. Kalau dah boleh bukak pulak, seronok! Tiba2 segala benda yang dah diubah suai pulak hilang! Aku tengah dalam meng-construct balik belog. Elok pulak dye buat hal. Hangin satu badan. Kus-kus semangat.Aih..............


Apo kono eh jang sebonarnyo dengan ekau ni wahai belog???!

12 May 2011

ALERT! My Blog Is Under Construction

Maaf kawan2! Belog saya bersepah dan tak tentu hala. Renovation belum siap. 

Tunggu siap even mengambil masa. =)

07 May 2011

Happy Mom's Day! :)

Who should i stay right close to? listen most to,

NEVER SAY NO TO, after Allah and Rasulullah,
Comes YOUR MOTHER :) 



Ni ibu saya! Puan Safiah Bt. Ibrahim. =)



Happy Mom's Day ibu. Sayang ibu selamanya. 
Itu janji kita. <3

04 May 2011

Segmen After Midnight : Aku Pakai Nokia C3. Korang?

Baca tajuk rasa macam nak sepak laju2 je muka blogger ni kan? Macam belagak gila. Sedangkan C3 je. Ramai lagi orang lain yang pakai henfon hebat2. haha. Tiba2 terfikir nak tau korang pakai henfon apa..Cuba kasitau cket. Sharing is loving! haha. Rasa macam nak tau sebab hari2 aku mengadap henfon. Jemu pon ada. Kadang2 ada hari yang aku nak bebas tanpa henfon. Tapi nak tinggal kan henfon tu rasa berat hati. Takot ada orang message or call. Peh! Bajet kau glamor sangat la sampai risau sangat orang msg or call. Haha. Tak glamor langsung la kan.. tapi takot emergency..ecece. Pang! Lempang diri sendiri. Henfon ni jugak la penyebab aku nak jatuh tangga. Paham2 jela. Henfon C3 ni tak boleh type tanpa tengok keypad sebab huruf dye sekor2. Susah nak type kalau tak tengok keypad. Aku benci henfon aku tapi benci2 sayang~ Ngeh.


So apa kata korang share cket, bagitau korang pakai henfon apa and cerita la cket apa yang specialnya henfon korang tu.. Curious nak tau ni!  =)

03 May 2011

Rasa Macam Nak Belasah Orang

Aku tersangat geram sekarang ni. Nak mencarut, ibu tak kasi. Nak tidur, keje tak siap lagi. Nak mengadu dengan member, nanti member tak suka pulak. Daripada menyusahkan orang, baik aku susahkan blog ni. Sorie la bloggie. Ko takde perasaan. Lagi seronok luah perasaan kat kau. Tak banyak bunyi, tak rasa meluat. Bila geram memang henfon benda first aku tolak tepi. Rasa menyampah gila dengan henfon tu. Ntah. Marah takde kaitan pon dengan henfon tu. Tapi rasa macam, weyh apesal ko wujud ha henfon??! Kalau pikir henfon tu seposen je, dah lama aku baling kat dinding. Pastu semua kerja memang tak jadi lah. Rasa nak hambur je kat muka orang yang buat aku marah tu tapi aku nak jaga hati ko lah wey! ish, setan dok kipas2 je kat sebelah ni. Dah la. Out! Solat. Semoga hati aku tenang

02 May 2011

AAAA. aku hyper!

Ye! Aku memang seorang yang hyper. Active 24 jam sehari. Tanpa merasa lesu dan dukacita. haha. And harini aku hyper lagi. hahaha. Malam yang sangat bahagia dan seronok!! :DDD


Selamat malam dunia blogger! Love till death <3



Amik la heart ni. Khas untuk korang! sweet kan aku? sweet kan sweet kan?? hak3.