Kau Suka, Kau Follow ^_^v

27 July 2011

Jom Pulau Perhentian!

Pulau Perhentian. Tau tak kat mana?? Kalau taktau, aku bagitau la ye. Pulau ni terletak di Terengganu. Dekat je dengan kampus aku, IPG Kampus Sultan Mizan. Kalau nak pergi Pulau ni naik jeti dekat Kuala Besut. Yang penting, berbayar oke. Then, korang akan naik bot lebih kurang sejam dan akhirnya insyaAllah korang akan sampai ke destinasi yang dituju. Kalau korang tak sampai jugak ke pulau tu, aku memang taknak tolong sebab aku pon belum penah pergi! Cakap kuat tapi apa pon taktau. hehe. Actually, esok aku akan ke Pulau Perhentian! Wah. Sumpah tak tipu yang aku tersangat excited! Tau?? EXCITED!  perasaan yang rasa macam nak lompat2 atas katil spring. Haa. Betapa excitednya aku. Aku pergi sana untuk Bina Insan Guru.. bukan holiday pon~ =_='' Bawak satu beg belakang and satu beg comel untuk didukung bersama. Cket je. Cukup la untuk 3 hari. Semoga aku beronok-ronok di sana and dapat release tension. Korang! Jom follow me! Tiket bayar sendiri! hahaha.

*See you on Sunday, insyaAllah ;)

26 July 2011

Lecturer aku cakap, jodoh bukan terletak pada rupa.haa

Aku memang suka take note benda2 pasal kawen, jodoh2 ni. Bukan gatal oke! Sebagai persediaan...Kita kan dah muda remaja, hampir2 ke ambang perkahwinan.. :p Mesti ada persoalan yang main roller coster dalam pikiran gadis2 yang risau dengan ratio perempuan lebih ramai daripada lelaki dan risau menjadi andartu mungkin?? Jangan risau lah.Mungkin lepas baca ni, korang akan rasa lebih chillex ;)

Meh nak cerita. Tak ingat hari apa, time kuliah, Encik Comel (my lecturer) cerita kat kami2 ni. Dye terkejut dengan kawan perempuan dye masa zaman dolu2 laa. Tak ingat pulak zaman sekolah rendah ke, menengah ke kan. Encik Comel cakap, perempuan tu memang cukup sempurna! Muka comeyy, body pon cantik...Tapi sampai sekarang, dye belum kawen lagi. Sedangkan Encik Comel dah ada 7 orang anak and boleh buat team futsal! Agak2 nya apa sebab kawan Encik Comel tu belum kawen ek? Mungkin kawan Encik Comel tu takda jodoh atau mungkin belum jumpa lagi jodoh dye?? Atau mengikut ramai orang fikir, dye terlalu jual mahal?? Hanya Tuhan saja yang tahu. Sekarang, kepada gadis2 yang kurang keyakinan dalam diri, yang still takda boyfie, yang belum ada "kau la segala-galanya untukku", bersabarlah. Jodoh kita sudah ditetapkan oleh-Nya, insyaAllah. Yakin pada-Nya. Beri cinta anda kepada pencipta kita dan insyaAllah cinta manusia akan hadir dalam hidup anda. Sama2 doakan yang terrbaik untuk kita semua. :)

17 July 2011

its easy to forgive but not to forget.


Maksudnya, senang nak memaafkan kesalahan seseorang. Tapi bukan melupakan kesalahan tu. Maksud 'bukan melupakan kesalahan tu' adalah menjadikan kesalahan tu sebagai tauladan. Bukan suruh kita berdendam. Ni lah cara orang pofitif berfikir. Chill! ;)

*iekasub






16 July 2011

Kadang-kadang, kalau hati memaafkan, hilang semua masalah :)

Pernah tak korang alami, satu masalah yang memang sangat berat untuk dipikul. Dah la banyak lagi masalah lain. Tiba2 datang pulak masalah ni yang bagi korang tersangat la berat. Asyik dok pikir je. Tengah makan teringat. Tengah online teringat. Kadang-kadang tengah solat pon teringat. Susah nak khusyuk ==' Selalunya masalah yang macam ni mesti berkaitan dengan hati. Biasalah. Kalau hati dah sakit, hidup pon macam tak betol dah. Kalau hati ni sakit sebab orang lain, nak pandang orang tu pon rasa tak mampu. Rasa nak mengelak je dari orang tu. Tak berniat pon nak menjauhkan diri. Tapi bila hati dah tak suka, memang ternampak sendiri la kat muka. Sebab apa yang ternampak kat muka adalah yang lahir dari hati. Tak payah nak nafikan. Bila kita terasa hati dengan someone, even kita berpura2 takde masalah, berpura2 baik je depan dia, still akan tertunjuk kat muka kepura-puraan tu. Ah ayat tonggak terbalik. Paham2 sendiri la ye? Kalau korang tertanya2 macam mana nak setelkan masalah jenis ni, cara nak selesaikan adalah dengan memaafkan. :) Seriosly. Bila korang memaafkan dye, secara automatiknya zass! hilang rasa beban, hilang rasa sakit hati, hilang rasa teringat2 yang sampai terbawak solat tu. Bermaaf-maafan lah sesama kita. Lagipun nak raya ni.Hehe. Puasa pon belum dah beriyer la nak raya kan. Sedangkan Nabi kita pon memaafkan umat2 nya yang sememangnya tak sempurna. Chill :)

13 July 2011

Spontaneous Thursday n belated WW.hehehe

"Saya akan datang ke kuliah pada pukul 7.30 pagi"

Belated WW :p


 Jangan marah haa.. ;) Terima kasih.

11 July 2011

Kogum 2011 (Konvensyen Guru-Guru Muda 2011)

Assalamualaikum! Long time no blogging. Rindu suda :) Since last thursday aku pergi Shah Alam. Terlibat dengan KOGUM. Macam gah je nama nya. Konvensyen Guru-Guru Muda. A very unforgettable experience :) Memandangkan panjang sangat cerita yang nak diberitahu, so aku compaq kan, tapi bukan bedak compaq tu eh? Menjadi pendek begini. Tengok jelah gambar yang ada. Ni je yang mampu aku bagi.ecewah. sebenarnya malas! duhh =_='

Dua beg ni untuk Khamis sampai Ahad. Tak banyak kan? hehe


Tag. Smart gila kot. Aku suka. Lagi2 tali putih tu. Gorjes!


Our PM. Mampu amek dari screen je. Camera tak hebat nak shoot muka dye. Sadis2


Banner. 


Tengah diskusi forum. Aku macam biasa la. Layan dalam senggok.hahaha


My family came! Visit2. Dah alang2 balik selangor. Jumpa la kejap :)


My awesome parents :)


Adik2 tersayang. Aih. Rindu sudaa.


Our Timbalan PM. Ni pon shoot screen. =_='


And finally! Aku jumpa kawan sekolah and junior sekolah kat SSP, Cuberjaya dulu! Oh rindu gila sekolah. sobs :(

And now aku dah kembali ke IPG. Dah kembali mulakan life biasa. Dah kembali aktif dan penat. Yang penting aku dah kembali ber-blogging! Hope korang sudi menerima kedatangan aku kembali.. ;)

06 July 2011

Rezeki Datang Dari BSN.

Alhamdulillah elaun dah masuk. Total semua 

RM 3670.++

Ni untuk satu semester ye anak2? Kalau aku berjimat cermat, makan besarr la setiap hujung bulan. Kalau tak, pandai2 la aku mencarik megi dari bilik rakan2 sekalian. Terima kasih.

p/s: nak aku belanja? jom date.hahaha

05 July 2011

Nak Kasi Tazkirah Cket Kat Hampa..

              Bila Allah S.W.T Cepat Makbulkan Doa mu, Maka DIA Menyayangi mu,

             Bila Allah S.W.T Lambat Makbulkan Doa mu, Maka DIA Ingin Menguji mu,

               Bila Allah S.W.T Tidak Makbulkan Doa mu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk mu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH S.W.T Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului Dari Kemurkaan-Nya. :)

Syukran..

Blog Menyepi Je

Belog aku diam kan sekarang? Banyak sebab. Sebabnya, sekarang musim bizi. Penat tawu?? Pastu charger lappy aku rosakkk..wuuu. Bila charger rosak, lappy dah kematian batery, so tak boleh la nak mengecas! Urghh tension! Ni pon menumpang lappy member. Aku ada permintaan kat korang. Doakan kitorang cepat dapat elaun! Aku nak beli charger~~ T.T


Berita gembira: Elaun masuk 7/7/2011! yea!
Berita sedih    : Hati aku ni......adoihh~~ Camne pon senyum babe :)