Salam. Memandangkan perut dah bunchet berbuka tak ingat dunia, jangan lupa panjatkan kesyukuran sebab kita diberi rezeki yang melimpah ruah..jangan lupa pada saudara2 kita yang tak dapat makan di negara2 susah tu..bersyukurlah kawanku :) Lepas berbuka, jangan lupa solat pulak. Mentang2 perot dah bunchet. Solat pon berat eh? Before ni kalau berat nak solat, ada syaitan yang menghasut kita. Tapi sekarang, syaitan dah kena ikat. Kalau still susah nak solat, kamu la syaitan tu.hahah. :p Lepas solat, bulan2 puasa ni, banyakkan amalan.. Solat terawikh jangan lupa.. Lebih melengkapkan amalan puasa kita. InsyaAllah. Tapi, baca Quran pon jangan lupa! Kalau boleh, hari2 baca Quran.. walaupun sebaris ayat sahaja. Jadikan ayat Quran tu makanan rohani kita. Macam kita makan nasik la. Kalau tak dapat nasik sehari, mesti kebulur tahap dewa kan? Sama jugak dengan rohani kita. Jangan biarkan rohani kita 'kebuluran'.. :) Even kita baca Quran tersengguk2..sempottttt.. Bacalah. Jangan malu kalau kita baca tak lancar berbanding kawan2 yang lain. Malulah dengan pencipta kita, Allah yang Maha Esa. :)
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya
ia mendapat dua pahala”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
Akhir kata, selamat menjalankan ibadah puasa! Make sure puasa penuh ye kawan2? Err..excuse kepada kaum hawa. ehehe. peace. Salam :)