Kau Suka, Kau Follow ^_^v

13 September 2011

Neck Tie & Setokin Angry Bird



aaaaa cute! aku nak, tapi taktau mana nak carik. kat oversea ada laa.huhui~

WW : Selamat Hari Raya!

12 September 2011

Berwajah Baru

Rasa geram kan dengan orang kuat berlagak ni? Ada barang baru je mula laa nak show-off. Aku pon ada barang baru jugak. So nak berlagak la ni. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih.hahahaha *tak yakin peribahasa tu betul ke tak. Bukan berniat nak berlagak. Nak share jee. :p Aku dah berwajah baru sekarang. No More White Glasses. Sekarang berpewatakan matang tapi bersifat kebudak-budakan. hue3.

Besties :) *Aku berspek hitam!wee



:)) Thanks untuk hadiah ni encik faez! haha. aku tau kau stalk blog aku :D

So camna dengan wajah aku berspek baru? 
Aku rasa makin cun laa.bahahahah. *jangan nak perasan sangat boleh?

09 September 2011

Jumaat : Taat kepada Allah SWT. Bagaimana caranya?


Haa. Dah tibalaa penghulu segala hari. Hari Jumaat. Rasa macam nak bertazkirah pulak. Ada ilmu cket, kita share sama2. Kan lebih bermakna? :) Sebenarnyakan sebagai seorang PEREMPUAN mudah je nak laksanakan tanggungjawab kita untuk taat kepada Allah ni.. kalau kita semua ikut cara ni, insyaAllah kita dah menjalankan tanggungjawab seorang hamba kepada penciptaNya dan insyaAllah tersenarai dalam ciri-ciri wanita solehah. Sapa taknak kan? Aku pon nakk ;)


- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

Sumber dari I Luv Islam. Kita kena share sama2 kan? :)


::Islam Itu Indah::

07 September 2011

Spontaneous Thursday!

APA YANG PALING KITA NAK TU LAA YANG KITA TAKKAN DAPAT~

05 September 2011

Sedih.


Bila rasa sedih, kita rasa nak luah kat someone or somewhere. Tak kisah la kat mana2. Sebab kalau dipendam rasa sakit sangat3. Tapi ada orang jenis tak suka luah masalah pada orang. Macam aku. Aku tak suka cerita masalah dekat orang sebab tu masalah aku. Aku taknak orang lain beban kena dengar masalah tu. Tapi kalau aku sedih, aku nak orang tau aku sedih. Tapi aku takkan cerita apa yang buat aku sedih. Aku just akan call someone, sesiapa sahaja sahabat, and aku akan nangis sepuas puasnya. Diorang pon terpinga2 and tertanya2 apa masalah aku. Tapi aku takkan pernah cerita. Sebab tu nangis banjir. Nak release semua. Ada orang jenis lebih selesa cerita masalah pada family. Tapi aku tak. Aku suka cerita pada kawan2, pada sahabat. Taktau la kenapa. And harini memang aku sangat sedih. Dah lama tak nangis. Melimpah ruah la segala air mata. heeee. Sahabat yang setia mendengar, terima kasih awak. And terima kasih awak untuk lagu ni.



Saya yakin Allah ada sentiasa dengan saya. :)



04 September 2011

Kejam gila la abused kucing~sampainya hati T.T


Tau apa ada dalam bekas plastik tu? Bukan kuih raya. Bukan aiskrim. Bukan lauk pauk semalam. Tapi dalam tu KUCING! paham tak KUCING?  melampau la orang yang letak kucing mati dalam fridge~ tak de hati perut ke?? Sedih laa tengok kucing2 kena abused sampai macam ni. ish. T.T Sekarang kes ni kira hot topik la jugakk. Diorang tengah cari volunteer nak jaga kucing2 tu. untuk sementara. Aku mampu rasa kesal je dengan kes ni sebab nak tolong jaga tak boleh. Hostel tak kasi simpan pet~hmm. Maybe korang baik hati nak tolong boleh la cek page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan kat FB. Semoga dengan jasa baik korang, kucing2 ni dapat diselamatkan.

Nak tau lebih, klik: 
animal care blog ------> gambar2 kucing yang sangat kasihan. sobs

Latest harini 5/9 : NST news


Mereka ni sangat cruel. Tak suka orang yang aniaya binatang!

03 September 2011

Entry rayaaaaa

Salam lebaran! Tahun ni sangat special kan sebab kita raya sambil2 merdeka sekali. 2 in 1. Dah macam milo segera. Harini dah masuk maktab. Sedih sangat sangat sangat. Nangis sampai nak banjir bilik. Oke, aku tipu. Tak nangis. Bergenang laa..sob3. Amir (lil bro) first time nangis sedih sebab kakak dye nak balik maktab dah. oh teharuuuu :') Sangat rindukan family sudah. sobs. Now mereka still on the way back to selangor from terengganu. Semoga mereka selamat sampai. Amin~

Selamat dekaraya kawan bloggers :)