Terdengar warga2 Sinar Fm borak panjang kat radio. Time tu dalam kereta. Kalau dalam kereta memang takde hiburan lain melainkan radio tersebut. Err serta gaduh2 manja adik beradik aku. *bahagia. Perbualan tu lebih kurang camni laa :
Makcik : Haritu makcik dengan suami tengah naik kereta terjumpa seseorang kat tepi jalan dalam keadaan luka. *jatuh motor. Makcik mintak suami makcik patah balik. Makcik nak bawak budak tu pergi klinik atau hospital. Hamba Allah tu nak pergi hospital naik motor dye. Makcik kata, tak payah. Biar suami makcik bawak motor awak. Awak naik kereta dengan makcik.
*makcik pon drive kereta pergi hospital. Sampai dekat hospital, makcik tu bawak hamba Allah tu pergi wad kecemasan. Sampai dekat wad kecemasan,
Makcik : Ada budak eksiden ni..
ORANG KAUNTER : MAKCIK KENAL BUDAK NI?
Makcik : tak..makcik tak kenal pon dye..
ORANG KAUNTER : KALAU TAK KENAL KENAPA TOLONG?
Makcik : *geram dan kesal dengan perangai budak kaunter ni.
AKU?? gerammm. Budak tu dah kenapa? Takkan nak tolong orang dalam kesusahan pon nak berkira kenal atau tak? lempang sampai pengsan kang. *emosi