Kau Suka, Kau Follow ^_^v

19 July 2012

Oh My Ramadhan!

Assalamualaikum



Sumber : Doodle Dakwah


Hahaha. How can he forgot bout it? A very special month? :D jangan kita pulak yang terlupa nanti. Ramadhan Kareem is coming! Doakan kita panjang umur untuk bertemu dengannya. We miss you Ramadhan! :D

16 July 2012

Keindahan Syurga

Assalamualaikum.

1.27am. I'm reading a magazine. Islamic magazine. Penah dengar Majalah JOM! ? 



Magazine yang agak baru di pasaran. Sekarang baru Isu No.4. First time beli magazine ni. And sekarang aku dah jatuh cinta dengan magazine JOM! =)

Rasa rugi yang amat sangat sebab tak mengikuti majalah ni dari Isu No.1. InsyaAllah akan ku beli jua Isu No.1 hingga No.3. Cant wait! Sambil2 menelek, meneliti, membaca and cuba memahami content majalah ni, aku terbaca something yang buat aku terfikir dengan alam ghaib yang paling indah. SYURGA. *word syurga tu je pon dah boleh fikir macam2 benda yang membahagiakan kan?*

Cuba tengok gambar bawah ni


What did you see? Kalau korang tanye aku, aku tak nampak pape. Aku nampak kotak putih je. haha. Betol la tu. Memang aku letak kotak putih je pon. :p Tapi aku nak korang imagine, how the Syurga looks like when u see that box. Macam2 yang aku fikirkan. Macam indah sangat2 alam syurga ni! Tapi still tak dapat imagine tahap keindahan tu. Sama jugak macam bila tengok kotak putih ni kan? Tak ternampak ape2 pon.

Hebatnya ciptaan Tuhan. And ada hikmahnya kenapa ada syurga and neraka. He wants us to choose the right path =) *Masih terfikir2 alangkah indahnya kalau dapat melangkah kaki masuk Syurga :D*


Aku nak share words yang sangat indah bagi aku yang aku terbaca dalam majalah JOM! ni.

"Syurga itu terlalu mahal harganya, tiada tawar-menawar. Maka, untuk mendapatkannya memerlukan 'bayaran' yang tinggi disertakan dengan mujahadah yang kuat"

MasyaAllah =) Flash back segala amalan2 aku selama ni. huhu. JOM! la sama2 muhasabah diri kita ni kan. Sama2 tak sempurna. JOM! la sama2 mengejar Syurga Allah. insyaAllah. =) 

Kejohanan Badminton Tertutup IPGKSM

Assalamualaikum.

After a long silence, nak sambung balik la blogging. Kesian blog ni. Diberi perhatian sangat memerlukan je.hehe. Nak story cket pengalaman masuk Kejohanan Badminton Tertutup IPGKSM ni. Pertandingan ni berlangsung dalam IPGKSM sahaja. Budak Pengajian Math yang organize since diorang punya Gerko (Gerak Kerja Kokurikulum) adalah Badminton. Diorang organize game ni sebagai amali Gerko. Nak jadi cikgu kan? Kena la pandai dalam segala hal. Lagi2 dalam dunia yang budak2 makin bijak dari cikgu. Kang bebudak tanya, mati kutu nak jawab. haha. 

Perasaan nerves amat sangat yang merasuk dijiwa ni memang tak tau nak cakap macam mana. Bila partner ajak main, terus setuju. Sedangkan tak penah pon terlibat dalam match badminton. Saja nak test kehebatan diri. Yuran nak masuk match ni, RM14 untuk beregu. RM 7 untuk single. So, kami decide nak masuk beregu mix memandangkan aku perempuan and partner aku lelaki. haha. So, share la sorang RM7. 

Malam pertandingan, memang awesome! Nerves sampai aku yang talkative ni, terus jadi pendiam. Membisu tanpa sepatah kata. Tangan sejuk, tapi badan panas. Guane tu? Memula prektis main memang semua lintang pukang. Disebabkan partner aku hebat and sangat berpengalaman, aku belajar dari dia la. Alhamdulillah everything goes well. Tapi! Kami kalah. sobs. Seri and then 19-21. Cket je lagi nak menang. Mungkin ada hikmahnya. Next year boleh main lagi insyaAllah! =)

Now ni tengah sakit satu badan. My oppa said, kalau kaki sakit, masa tidur tu, letak bantal tinggi2 kat bawah kaki and tido. Supaya darah dapat mengalir dengan sempurna. Going to try that. Hope kaki cepat baik. Ni la partner aku tu!



Kalau ada kejohanan apa2, better korang memberanikan diri masuk. If tak cuba, sampai bila korang taktau tahap kemampuan korang. Believe me =) Till then, assalamualaikum.


11 May 2012

Gunung Tebu Akan Ditawan

Assalamualaikum!

Hye hye hye! iekasub datang lagi! Malam ini aku datang bertemankan bunga ranculus yang sangat comel! nahh hamek untuk korang :D


Comel kan3? Pink ranunculus. ngaa comel sangat! Malam ni nak tidur bermimpikan berada di ladang bunga ranculus. pastu pakai dress yang cantik macam dalam iklan enchanteur. ntah betul ke tak aku eja. 

Actually nak story pasal event hari esok. Esok misi aku adalah untuk menawan Gunung Tebu! yehaa. im coming bebeh! Tinggi jugak Gunung Tebu tu. 1039 m. Hope everything will be fine. :) These are the tentatives for tomorrow;

Tentative:

7.00am- Arrives at Hutan Lipur Lata Belatan.


7.30 am- Hiking starts

- Sungai Chakah

- Batu Mat Hassan

- Jendela Tebu

1.00 pm- Arrives at the Peak of Mt Tebu (1039m)

-Lunch 

-Solat Zuhur/ Asar(Jama') 

3.00pm - hiking/heading down to Lata Belatan

5.00pm - departs to ipg



Soooo, aku harus menidurkan diri walaupun terpaksa sebab aku tak mengantuk langsung sekarang ni. Akibat daripada tidur terlajak la ni. aih. Selamat malam! Semoga tidurku dan tidurmu ditemani bunga ranculus. hehe. Night! 

09 May 2012

Masalah Musim Exam

Assalamualaikum!

Like always, sila senyum selebar mungkin sebelum meneruskan pembacaan. Macam ini --> ^____________^ Oke cukup. Over pulak ea senyum sampai telingaa. hehe. Berhabuk sungguh laa blog aku ni. Ibarat sebuah rumah kayu yang dah nak runtuh, takde bumbung, kayu-kayu pun dah reput dimakan anai-anai, berhabuk, berdebu, kalau orang ada resdung masuk rumah tu konfem bersin-bersin. haha. amboi kemain intro.

Actually, sekarang ni musim exam. Musim dimana, playlist2 lagu semua akan dimainkan, musim semua student akan stay up sampai pepagi buta, musim muka student semua selengge je bertemankan mata panda yang lebam, dan juga bau coffee dimana-mana. Tak kisah la coffee or nescafe or white coffee. Asalkan coffee. Kononnya nak bagi tahan mata nak stay up lelama. Tapi stay up lama2 pon hasilnya banyak baca muka buku daripada buku sebenar. 

Musim exam ni, kalau tetibe aura semangat seorang pejuang macam ultraman tu muncul, berkobar-kobar nak study, konfem2 ada penghalang! Contoh penghalang dan setan-setan itu;





Annoying sungguh laaa. Err sebenarnya diri sendiri yang tak kuat iman. Typical malaysian. heh. Dah kalau mengadap benda2 ni mau tak kelaut study semua tu? Dari mula page 15, sampai 10 jam kemudian pon page 15 jugak. Tak gerak2. hahaha. Untunglaa sapa yang best student tak tergoda dek anasir2 sekalian alam. Haa! Blog ni pon anasir jugak ni! Sudah2. Mau sambung study. Study la sangat~~~ Kbye!

18 April 2012

Respect

Assalamualaikum :)

Respect. Respect is hormat. :) Kita semua tau yang hormat ni adalah satu benda yang semua orang nak. Including me. Siapa yang taknak orang respect kita kan? As a human, manusia biasa, walaupun kita bukan orang2 kenamaan, kita still ade maruah diri. And we need the respect from others. 

TAPI

kalau nak orang hormat kita, first thing first, kita kena hormat orang lain dulu. seriosly.

Plus, kalau pinjam barang tu kan, bukan kena respect tuannya saja. but also the things that you borrowed. 

Paham?

07 March 2012

Spontaneous Thursday

holidayyyyy! home, wait for me :D

04 March 2012

Ferrari & Porsche Handphone


Ferrari Mobile


Porsche Mobile


Korang tengok gambar ni korang teruja macam aku tak? haha. Tadi aku tengok yang real punya kat mall Jertih. Aku punya teruja sampai aku pegi kedai tu dua kali. Sebab nak pegang henfon cool ni. Kalau berangan nak yang kereta punya memang tak mampu la kan. Kancil je aku mampu~ Henfon ni yang cool nya, murah mak ngah, dual sim pastu ada jugak 4 sim. boleh la untuk budak2 sekolah yang suka tukar2 nombor tu. haha, zaman jahiliah. Sekarang setia pada yang satu



Peace! ^_^v


03 March 2012

Meh try kalau nak perut slim!



Sebelum tengok, you should read this first la kot. So that korang tak pikir banyak2. hak2. Video ni untuk aerobik fitness. Memang aweesomee. Eventhough sedikit sexyy or HOT tapi best! Serios tak tipu. Gadis2 should try this. Yang lelaki2 tu toksah berangan la kot. ke anda hebat boleh buat cmni? hehe. Its up to you guys la :) So, aku dah buat. seriosly. resultnye, AKU SAKIT SATU BADAN. miahaha. Padan muka sendiri. Dok berangan nak body macam Jessica Alba. = =' Oke, xde komen dah. Tangan pon lenguh sebab beriyer sangat dok gelek. hahah. Try this eh! :) gudnyteeee! love much  


01 March 2012

The Strokes - Under Cover Of Darkness



Wah2. Berhabuk sangat blog ni. Bukan takat berhabuk. Berdebu semua ada. haih.

so...This is one of my favourite song.

de enjoy it. The Strokes rock!

07 February 2012

Wordless Wednesday

04 February 2012

Salam Maulidur Rasul.

Salam maulidur rasul sahabat semua....
Semoga kedatangan Maulidur Rasul kali ini membawa kenikmatan, keberkatan dan hidayah oleh Allah SWT...
Mari berselawat ke atas RASULULLAH sahabat2ku...
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
...
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

16 January 2012

Macam kasut. Tapi stokin?



Cantik kan?? Sekali pandang macam kasut. Rupanya socks. OMA! i want one! Boleh pakai socks je kalau nak jalan2. Jimat2~~