Kau Suka, Kau Follow ^_^v

11 May 2012

Gunung Tebu Akan Ditawan

Assalamualaikum!

Hye hye hye! iekasub datang lagi! Malam ini aku datang bertemankan bunga ranculus yang sangat comel! nahh hamek untuk korang :D


Comel kan3? Pink ranunculus. ngaa comel sangat! Malam ni nak tidur bermimpikan berada di ladang bunga ranculus. pastu pakai dress yang cantik macam dalam iklan enchanteur. ntah betul ke tak aku eja. 

Actually nak story pasal event hari esok. Esok misi aku adalah untuk menawan Gunung Tebu! yehaa. im coming bebeh! Tinggi jugak Gunung Tebu tu. 1039 m. Hope everything will be fine. :) These are the tentatives for tomorrow;

Tentative:

7.00am- Arrives at Hutan Lipur Lata Belatan.


7.30 am- Hiking starts

- Sungai Chakah

- Batu Mat Hassan

- Jendela Tebu

1.00 pm- Arrives at the Peak of Mt Tebu (1039m)

-Lunch 

-Solat Zuhur/ Asar(Jama') 

3.00pm - hiking/heading down to Lata Belatan

5.00pm - departs to ipg



Soooo, aku harus menidurkan diri walaupun terpaksa sebab aku tak mengantuk langsung sekarang ni. Akibat daripada tidur terlajak la ni. aih. Selamat malam! Semoga tidurku dan tidurmu ditemani bunga ranculus. hehe. Night! 

09 May 2012

Masalah Musim Exam

Assalamualaikum!

Like always, sila senyum selebar mungkin sebelum meneruskan pembacaan. Macam ini --> ^____________^ Oke cukup. Over pulak ea senyum sampai telingaa. hehe. Berhabuk sungguh laa blog aku ni. Ibarat sebuah rumah kayu yang dah nak runtuh, takde bumbung, kayu-kayu pun dah reput dimakan anai-anai, berhabuk, berdebu, kalau orang ada resdung masuk rumah tu konfem bersin-bersin. haha. amboi kemain intro.

Actually, sekarang ni musim exam. Musim dimana, playlist2 lagu semua akan dimainkan, musim semua student akan stay up sampai pepagi buta, musim muka student semua selengge je bertemankan mata panda yang lebam, dan juga bau coffee dimana-mana. Tak kisah la coffee or nescafe or white coffee. Asalkan coffee. Kononnya nak bagi tahan mata nak stay up lelama. Tapi stay up lama2 pon hasilnya banyak baca muka buku daripada buku sebenar. 

Musim exam ni, kalau tetibe aura semangat seorang pejuang macam ultraman tu muncul, berkobar-kobar nak study, konfem2 ada penghalang! Contoh penghalang dan setan-setan itu;





Annoying sungguh laaa. Err sebenarnya diri sendiri yang tak kuat iman. Typical malaysian. heh. Dah kalau mengadap benda2 ni mau tak kelaut study semua tu? Dari mula page 15, sampai 10 jam kemudian pon page 15 jugak. Tak gerak2. hahaha. Untunglaa sapa yang best student tak tergoda dek anasir2 sekalian alam. Haa! Blog ni pon anasir jugak ni! Sudah2. Mau sambung study. Study la sangat~~~ Kbye!