Kau Suka, Kau Follow ^_^v

29 December 2010

Kami-lah Blogger 2011 !!


Hye hello wussup what's uppp~~!! ^^, harini aku nak join satu segmen yang telah di-tag oleh BRS (Blogger Rakan Sebaya) aku, *bukan PRS eyh? iaitu Encik Skrullz Nazryn, the RAREST name on FB! aku rase agak bahagia plus teruje plus excited apabile di-tag oleh beliau sebab ni first time kene tag.haha. 

Tuan punye segmen ni Encik Shahazrin.com. Segmen ni dibuat bertujuan nak menyatu padukan semua bloggers seantaro dunioo. Menarik sangat! Lepas ni boleh la aku follow semua bloggers yang kene tag macam yang aku buat dekat rakan2 nazrin itu. Follow-mengfollow. Memang best! TQ shahazrin.com for your effort :)) 

To all bloggers, you are free to join this. Sangat disarankan. The more, the merrier! And finally, meh aku tag 3 rakan bloggers yang hebat.


Okies, tammat sudah~

27 December 2010

Segmen : I Love My Blog ^^,


Sejak aku bergiat dalam blogging ni, aku rasa macam dah ketagih. Taktau pulak blogging ni ada kesan sampingan. Lama gile aku tak dapat update blog atas sebab musabab yang memang rasa nak kena babab! Aip, marah betol aku rasa. Nasib baik hari ni dah boleh. Kalau tak, memang aku deactivate blog ni! Eheh, sanggop kah aku? Aku sayang blog ni weyh! Aku kasi ketagihan aku ni langsai dengan buat segmen "I Love My Blog" ni. Aku culik dari rakan2 bloggers. Tapi taktau dari mana sumber asal nya. Haha. Keyh! Jom kenal blog aku dan blog korang juga. Jom try! 
Sejarah nama blog dan kisah di sebalik header dan background blog

 NAMA BLOG
Nama blog ni The Happy Freak. Aku guna nama ni sempena diri aku sendiri yang sememangnya ter-amat-sangat happy! Ada jugak panggil aku budak hyper. (Sampai hati korang panggil aku camtu.huk3) Tiba2 je aku berperasaan nak buat blog semula after dah banyak kali try buat tapi tak jadi. So, nama ni pon muncul masa aku tengash so syok ber-FB. And finally, aku cuba try test guna nama ni, macam best! So, terlekat la sampai sekarang..

HEADER
Header.. Macam mana aku boleh buat header ni eh? Oh ha dah ingat! Aku memang suka sangat dengan quote2 yang menarik lagi da bo0m! Banyak jugak koleksi quote yang aku simpan. Dari mana2 ntah aku amek tapi if quote tu bagi semangat kat aku, ada kaitan dengan dunia aku and bunyi nya macam sedap, aku grab teros tanpa pike panjang. So, jadi la header aku tuu.. gabungan mantap antara quote2 yang aku sukaa ^^,

BACKGROUND
Pasal background ni, memang banyak kali aku tukar. Aku memang cepat bosan. Mana yang aku rasa cantik and comel, aku tukar la. Ehee.. Sekarang, aku tetap pada yang satu la kan. Dah baik dah..setiaa..haha. Aku pakai background dari www.thecutestblogontheblock.blogspot.com. Kalau korang nak try, sile kan usha..

Berapa kali anda update blog
Huih. Part ni memang aku pantang. Haha. Kalau boleh, sehari mesti wajib buat satu entry. Tu paling minima laa. Paling banyak pon 3 kot. Tapi kalau tengah banyak gile babun aku punya idea, memang aku boleh buat banyak2 =P

Sebab utama anda buat blog
Sebab utama, aku nak cuba apa yang ramai member aku cuba. And after dah bergiat tak berapa nak aktif lagi dalam blogging, aku ada sebab lain. Which are nak tambah ramai lagi kawan2! And nak kongsi apa saja cerita yang aku nak share. Aku memang suka story moli ni ^_^v

5 pekara mengenai blog anda yang patut di ketahui.
 1. Blog umur dye baru setahun jagong. Berhingus lagi ha! adela dalam 12 hari..
2. Aku suka buat nota dinding. Tapi tak semua laa.. mane yang aku nak letak, aku letak ^^,
3. Sememangnya blog ni tak ada lagu. Penah terpike nak letak. Tapi pike balek, takot orang off aku punye blog if diorang sendiri tengah layan lagu di mp3 mereka. Sebab tu aku tak letak.hee.
4. Blog ni punye sidebar ada kat bawahhh sekali. Dah bukan sidebar, jadi downbar lah pulak
5. Baruuu je ada 10 followers. Akan ku tunggu nombor itu meningkat! haha. Yang pasti, sapa follow aku, memang aku akan follow mereka balek. Tambah kawan itu menyeronokkan!

5 entry terbaik di blog anda yang patut di baca
 Belom ada entry yang aku betol2 puas hati. And entry aku pon baru brape bijik jee..hehe

  3 pekara yang tak dapat di lupakan sepanjang berblogging
Yang paling aku takkan lupa, blog aku buat hal. Dye tak kasi aku buat post. Crioz bengang! hope tak jadi lagi lah..

10 blog kegemaran anda
Semestinye 10 followers aku ;) 

 5 tips yang anda nak kongsi kan dalam berblogging ini
Kena bagi jugak kee?? hehe. Aku pon baru je blaja buat blog kan. So, baek korang yang bagi aku tips. TQ! hee..
 
sejauh mana anda sayang blog anda
Teramat sayang! =) kalau tak, takde nye aku sanggop ngadap blog ni berjam2 sampai bermata-4 . Ni pon tengah tunggu nak bermata 6 ni.aih~

 3 sebab kenapa perlu datang/berkungjung ke blog anda
1. Aku nak mintak korang support aku untuk teros ber-blogging yang kadang2 aku rasa macam dah putus asa sebab jelez tengok blogger yang ramai followers.haha. Weyh, aku kuat! Mane boleh cepat mengalah..
2. Sebab korang kena drop something like komen or ape2 saje untuk ajar aku supaya lebih terer ber-blogging.
3. Blog aku gila se-gilaa tuannyaa!.hahaha. 
To korang2 yang agak2 nak buat segmen ni, sile lah! boleh korang kenal blog korang lebih dalam and sambil2 biar orang lain kenal blog korang ^_^v


Channel TV Malaysia Yang Baru !



Finally, Al-Hijrah ditayangkan jugak since 7 December. Aku kasi cket maklumat pasal TV baru ni yang aku carik kat wikipedia. 

TV AlHijrah merupakan saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia. Televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM. [1] Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda.
TV AlHijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Frekuensi

  • Lembah Klang - 743.25 MHz
  • Terengganu - 631.25 MHz
  • Johor Timur, Kepulauan Johor & Selatan Pahang (Menara Transmisi Bukit Tinggi, Mersing)- 623.25 MHz
  • Sarawak - 599.25 MHz
  • Sabah - 599.25 MHz
  • Pahang (Pahang Timur) - Pemancar di Bukit Pelindung, Kuantan-Saluran 22 Frekeunsi UHF 475.25 Mhz

Aku dah carik. Korang bila lagi? ;)

NOTA DINDING : kat astro blom tayang lagi..dalam proses..

    Nak join tapi......

    Aku nak join segmen abg ben! tapi...betapa aku ter-amat-sangat tak reti...aih~ takpe laa.. sekarang aku tengok dulu apa yang diorang semua buat.. segmen lepas ni pulak baru aku join! ^^,

    25 December 2010

    Mr. Swift & Mr. Gen2Merah =))


     Oke girls, let me introduce you, two young man yang kacak lagi bergaya. ahah! ;D
    These two guys followers Happy. And sekarang, aku a.k.a iekasub, owner bloggie ni, nak show my appreciation kepade mereka berdua. Wahh~ korang teharu tak teharuu takkk? =P

     

    Thanks a lot to both of you! Voilaa~! *big applause



                                                      Mr. Swift                                                 



                                                                         Mr. Gen2Merah

     *Klik gambar pegi singgah blog mereka and follow ^^,

    Frust!

    Frust weyh! Nampak tak ke-frust-an aku ni?? Nampak tak?? Haha. Aku dah mereng. Ni semua gara2 aku tak dapat tengok Maher Zain.
     
     
    First time ni aku teruje nak tengok artis live on TV! Kat TV aje pon. Bukan live depan mate. Siap bangon awal lagi nak tengok beliau dekat TV9 Nasi Lemak Kopi O. Aih~~~ aku tengok sampai penghujung rancangan, beliau tak muncul2 jugak. Kuciwaaa!! Syarifah Syahirah kate beliau tersesat tak jumpe studio. Haha. Alasan yang baik XD Takde rezeki nak tengok beliau sekarang. Nak tengok kat YouTube ape kelas? Tak live! =P Takpe2. Lain kali la kite nge-date ea En. Maher Zain? InsyaAllah.. ;)

    To Nadz ;)

     
    (Klik Gambar Kalau Nak Jadi Follower Nadz)
     
     
     

    Entry ni as an appreciation for you sebab follow Happy.
    Thanks again! Wa respek sama lu! =D

    "Saya Blogger Selangor"

    Ok. Criozly ni first time aku join something through blog. Sebab nya aku baru beberapa minggu je menjejak kan diri kat dalam dunia bloggers. Excited excited! =D

    Straight to the point. Tadi aku blog-walking ke mane2 blog yang aku rase nak singgah. Name pon budak baru belajar. So, everytime aku bukak blog, aku akan berjalan tanpa henti ke semua blog yang aku jumpe. Tak ter-miss satu pon! Nak menimbu ilmu bak kate orang. Haha. Than, aku terjumpe satu blog ni. http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com

    Actually aku jumpe blog ni through blogger laen. Blogger tu masok segmen ni. So, aku pon terasa macam nak try sama. Why not kan? Even aku ter-amat-sangat la blur tahap dewa. Nama segmen ni  
    Banyak kali jugak aku ulang bace entry ni. Dari atas sampai bawah pastu naik balek, n turun balik so that aku betol2 paham. First time join benda2 camni, kene la betol2 paham kan? Kalo tak, malu oo kalau salah! Haha.


    Maybe dengan join segmen ni, aku dapat kenal lagi ramai bloggers seantaro dunioo! Tak gitu?? ;D
    And finally, after buat rujukan dekat blogger2 yang join sama, aku berjanji dan berikrar nak join sama! *mangat.

    Again,  "Saya Blogger Selangor"





    Expired untuk blogger Selangor, this becoming Monday. ^^, Nak tengok hasil aku? Jom turun. Chaloo!

    KLIK! ----->Encik Azman Roslan 
    1. Nama anda - iekasub
    2. Status anda - membujang
    3. Cara hubungi - FACEBOOK , TWITTER 
    4. Daerah/Jajahan - Kuala Selangor
    5. Tempat tinggal - Taman Masria. Belakang Dewan Dato Harun, dekat sekolah cina ;D
    6. Apa yang menarik di tempat anda -Macam2 ada! Bukit Melawati, Taman Kelip-kelip, Restoran Ikan Bakar, Tesco, 1 Plaza. ahah!

    More to biodata kan? Memang la! Kate nak kasi orang berkenalan dengan kite.
    Oke! Its done already. Peace! ^_^v

    Words For Today ^^,


    Words ni memang da bo0m! Sangat sesuai dengan mulut aku yang macam bullet train ni. HAHA. 

    ALERT! : JANGAN SURUH AKU STOP KALAU AKU TENGAH BERCAKAP. 
    crioz aku hangin satu badan. =P

    I'm Back!

    Yeaa! Aku sudah kembali ke rumah. =D best dok kampung. Segala sepupu sepapat aku balek kampung. Dah la ramai kazen aku lelaki. Kitorang berempat jela perempuan dikala itu. Aku pon dah jadi jantan. Macam2 kerja aku buat kat kampung. Main carrom (taktau aku eja betol ke tak.heh), main game, main batu seremban, main kat sawah, dan melepak di malam hari kat sawah. Part tu yang best. Haha. Aje gile kitorang ni. Kononnye nak pegi tangkap katak tengah2 malam kat sawah tu. Semua belagak berani la. Aku jenis berani la jugak. Sebab tu aku follow jejake2 sekalian pegi sawah pukol 11 malam. Semate2 nak tangkap katak! keje gile betol diorang ni. Mule2 berani gila babun la ni. Last2, pukol 9.30pm sampai 10.30pm ade cerita Saka Jentayu dekat tv3. Kitorang pon melayan la crite tu sampai habes than, baru kitorang pegi sawah.

    Kitorang ni, ade dua niat. Satu, nak tangkap katak. Satu lagi, nak tengok kewujudan hantu kat situ yang buat kazen aku mencicit lari 100 meter sebab nampak beliau. Haha. Gile3..adoi~ Nasib baik kitorang tak nampak pape. Kalo tak, memang aku depan sekali la kot tyme belumbe2 lari mencicit tu! Kitorang skodeng katak pon kejap je..melepak kat tepi parit tu yang lame. Pastu balek. Budak2 ni nak melepak kat kedai minum. Aih, aku tarek diri dulu la kan. Saye bukan budak sebegitu, nak melepak kat kedai minum malam2 hari. Kalau kat cafe maktab takpe. Tu pon max sampai pukol 11pm. Har3.

    Sekian la cerita di kampung aku ni. Nah gamba sawah berhantu tu. Tapi aku kasi view waktu siang la.. Kang aku kasi view malam, nampak cik pontianak la pulak!




    22 December 2010

    Off to hometown

    wahh..Happy akan ku tinggal kan..untuk dua hari! Lame tuuu. Nanti tak dapat nak update Happy.huk3
    Sorry, tak da ape yang boleh dibace untuk dua hari ni.hee. Nanti, after balek dari kampung, I promise! There will be a special entry. Pasti cantik, menarik dan tertarik.! ;) Wait for it! jommmm! Vro0m3~~

    21 December 2010

    Special Delivery For Mohamad Arif Farhan b. Mohd Subkhi =)






    Birthday boy! A very happy birthday to you brother! You've grown up so fast! Why you  so tall ha? 175cm?? Akak kamu ni pon baru 156cm. =_='' On this special day, i wish may all your wishes come true and have a happy life forever. Semoga panjang umur n dimurahkan rezeki. Amin.. You should know that I really love you and will always do. Take a good care of yourself and be a good boy! Dont notty2 ha? Or else, I will sunat you again! HAHA. gila sensored. =D Stadi tu betol2 laa. Jangan maen2.. Kan dah kena bebel dengan ibu tadi. Padan muke! kita suka dengar ko kena bebel. Muhaha. Stadi biar lepak, tapi asal gempak. Bukan stadi biar lepak, result kasi hapak. Ada paham? Do enjoy your special day ni keyh? Love you much! ^_^  *hugs and kisses* 





    NOTA DINDING : ni jela hadiah yang kite mampu kasi. kakak ko ni dah bankrup. =P

    Jom Breakfast. Yummy~

    Pagi ini aku nak mengisi perot dengan roti canai. English people cakap Malay Bread. Tapi aku rasa roti canai asal nya orang India yg buat kan? eh, ntah! hehe. Makan dengan kuah kari and kuah dhal. Peh! sodap yang amat! Hingge menjilat jari tangan!

    Bila sebot roti canai, ade jugak orang yang tak berani makan sebab diorang ade dengar2 cerite pasal mamak tu buat roti tanpa membasoh tangan! Itu ikot individu tu la. Aku yakin dengan mamak kat kedai tu. HAHA. 

    Hari2 aku bangon pagi kena pegi Restoran Yusoff sebab nak beli roti canai kosong 4 keping, roti telor 2, nasik lomak 1. Dah macam habit pulak dah. Mamak kedai tu pon dah kenal aku. Sogan jugekk~ Mamak2 tersebut patot merasa bangga ade customer tetap macam aku ni. Hari2 diorang dapat rezeki. hak2. Dok cerita pasal roti canai ni, perot aku ber-koir pulak. Lapo weyh! Jom roti canai!



    20 December 2010

    I Am Nervous!


    Nerves nervess! Bepeloh peloh dah ni pikir pasal benda ni. Ish. Tak tenteram betol laa. Yang member sorang ni pulak pegi kol aku cakap pasal topik yang buat aku nerves tadi kenape? Aku nerves tau tak?? Dye sebot je pasal topik tu, darah gemuruh aku berlari kencang satu badan. Nasib baik aku tak jerit dekat henpon tu. Mau kena tempias air liur. N kawan aku tak pasal2 kena marah kann. fuhh..tenang ieka tenang. Yang pasti nya benda tu belom kluar lagi. Better keluar time aku dah masok maktab nanti kot. Tak de lah gelabah sampai macam ni. King kong punye result! Sebab result ni la yang buat jantong aku bagai nak tekeluar tadik. Aish~ Macam mane la rupe result aku nanti ek? Aih..risau2.. Aku stadi pon macam main2 je? Adoyaii... Hope ok la.. =_=''



    NOTA DINDING : tahap kerisauan yang teramat sangat tinggi di kala ini. 

    New Semester- year 2011


    Lagi berapa hari je lagi hari persekolahan nak bermula. Cett! skola ni start awal sangat laa..
    Aku sebagai bakal cikgu pon kena start blaja sekali.aiseymann~
    Tima table for next sem pon dah kluar. Gile express! Nyampah aku.
    Nasib baik all the lecturers yang best punye! even ade yg aku blom penah blaja dengan beliau. Tapi, tak salah mengharap.hehe.
    Year 2011 is just around the junction! Azam baru belom buat lagi ni. Poyo je. Padahal semua azam baru tak penah nye menjadi. Hangat2 taik lembu.HAHA. 
    Ah, tak de hal la tu semua. Tahun depan akan ku pasti kan lebih baik dari tahun2 lepas! mangat! *menggenggam tangan ke langit.


    NOTA DINDING : banyak idea di kepale yang nak dibuat tahun depan.hehehehe.

    19 December 2010

    Followers!


    Aku sangat terujaaa! terharuu! terkesimaa! HAHA. Melampau sudah. 
    Actually aku sangat bahagia bila bukak Happy (nama blog ni), aku sudah ada 5 FOLLOWERS
    Gile jakon tak aku?? =D
    Aku punya teruje sampai mengguling2 turun naik tangge ha! (hiperbola ckett~)
    Now ni, i wanna say lot of thanks to u, followers. Korang buat aku lagi besemangat nak update Happy selalu.yeepee!!


    NOTA DINDING : thank you sudi jadi sahabat sampai nyanyuk n korang nak spend tyme bace blog ni.trimass! ^_^
                                



    18 December 2010

    Gigi Yang Cantik

    Dulu2 aku teringin nak jadi dokter gigi a.k.a dentist. Kenapa? Sebab tyme budak2 dulu kawan2 lain semua asyik nak jadi dokter je so aku nak jadi special cket. Jadi, aku memilih nak jadi dokter gigi. 

    Dalam family aku, boleh dikatakan semua orang ade gigi bolong! (bahasa jawa) orang Melayu panggil gigi lubang laa. Orang kata sakit! hope aku tak kene. Sebab tu aku kena jaga leklok gigi aku ni.

     Mesti segala konco2 kaviti tengah buat operasi kasi lobang tu makin besarr kan? huuu...takot~



    Aku sorang je dalam keturunan nenek moyang yang tak ada masalah gigi belobang. Alhamdulillah. Sebab tu aku sangat sayang gigi aku. Walau pun tak putih macam ni


     Peh! gila berkilat gigi dia. Putih bak mutiara! Juling mata tengok sinaran nya.ahah!


    Cara aku jaga gigi maybe la tak sama macam yang dokter2 pakar semua suroh. Aku jaga ikot cara yang aku selesa. 
    (Selesa means yang betol2 tolong jage gigi la. Kalau 'selese' korang, tak gosok gigi langsong dalam sehari, silelah stop habit tu. Sayang la gigi korang ye?)

    1. Aku wajib gosok gigi 3 kali sehari. After bangon pagi. After or before breakfast, ikot suke aku la =P
    2. Mandi malam. *kalau tak gosok tyme ni, rase tak sodap langsong gigi den ni ha.
    3. Before tidur. Yang ni satu kemestian sebab aku rasa macam kaviti tu aktif bekerja merosakkan gigi kita masa kita tidor. *aku rase la.taktau la betol ke x.hehe

    Tips :
    1. Mesti pakai ubat gigi yang ber-florida.
    2. Jangan gosok gigi right after korang makan. Kalau boleh kumur2 dulu or minum air masak dulu. Biar kan dalam 5 minit dulu laa. Sebab kalau teros gosok gigi, segala saki baki makanan akan beterabor dalam mulot korang and ikot suke diorang je nak selit kat gigi mane.ok?
    3. As a muslim, pilih yang halal. ^^, saje je nak ikot iklan ni.hehe. Asalkan kite yakin dengan apa yang kita guna, ok dah tu.. Tapi tak salah kalau kita berhati-hati dalam memilih barang yang halal. Kan lagi berkat? ^_^

    Jeng3! ni ubat gigi yang aku guna. HAHA. zhulian mari~family aku pakai, aku ikot aje. But, best la. Suke name dye tu. Smile On. Kalau pakai, mesti Smile On punye, tak de Off dah. =D









    NOTA DINDING : jaga lah gigi anda sebaik mungkin. Diorang pon berhak nak hidup segar dan cantik.
                                               Jangan biar diorang demam n sakit! korang yang merana nanti, diorang tak rase
                                               pape.HAHA


    17 December 2010

    Bas Rapid -PEREMPUAN SAHAJA-

    Ni nak story ni. Haritu aku pegi KL. Dah lame gilakk tak bejalan kesana. Kalau aku pegi sana memang takde sebab lain kalau bukan jumpa kawan2 skolah atau tengok movie yang aku mengidam sangat nak tengok. Bunyi macam susah gile nak pegi sane kan? Memang susah pon! Actually tak susah sangat, just tersangat jaoh je dari rumah aku yang ada dekat hulu selangor ni =) Kalo total perjalanan turun naik bus and keluar masok KTM, ada laa dalam 2 jam setengah baru sampai sana. Macam berjalan dari negeri selangor ke negeri lain je. Sedangkan KL dan Tanjong Karang adalah dalam satu negeri yang sama! Nak buat macam mana kalau dah jaoh kan? Ape yang aku buat hanya lah REDHA. Bukan REDAH ye?? 


    Tapi, haritu memang banyak benda baru aku jumpa. Kira macam jakon la. Paham tak jakon ni apa? 
    Jakon ni sama la macam orang tekejot jumpa benda baru sampai ter-melopong mulut tu ha.
    But, aku tak ye? sile paham =) 


    Salah satu benda baru tu, sekarang bas rapid dah sediakan perkhidmatan bas untuk wanita sahaja! Menarik! Interesting! Semua kaum perempuan patot bersyukur sebab diorang dah sediakan kemudahan yang sangat2 memberi keselesaan dan keselamatan yang tinggi setinggi gunung kinabalu. Aku gumbira la sebab lepas ni aktiviti meraba, atau mencabol atau meragot atau merompak dah tak ade! Polis pon dah dapat berehat dari kena setel kan kes2 yang berkaitan dengan perempuan ni. Mentang2 kaum perempuan ni kaum yang lemah, kami bukan sembarangan tau?? Kitorang pon boleh kungfu segala jenis penyangak tu sampai rongak kalau penyangak tu nak lah.  

    BEWARE DENGAN KAUM HAWA oke? 

     

    Kagum dan berterima kasih dengan usaha bas rapid buat macam tu. TAHNIAH! hope sesi percubaan yang habis 31 disember ni, akan diteruskan sebab seriously, cubaan ni dapat sambutan hangat sehangat Hot FM! Syabas sekali lagi! =) 



    NOTA DINDING : nak cerita lagi panjang, tapi kang bosan pulak korang. Nah tekan web ni,
    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles /Tidakperluhimpitlelaki/Article/index_html
                                            korang baca lah sendiri ye?




    Birthday Wishes

    Today, 17th December 2010, im twenty. Aku dah boleh terima sikit2 la sebab kawan2 semua mengalu-alu kan kemasukan aku ke tahun puluhan ni. And, kalau ikut orang putih, before tiup candle je mesti kena buat wish dulu kan? Aku pon nak buat benda yang sama. Sebok nak ikot orang kan? =P Actually, banyakk sangat wish yang aku nak buat termasuk lah kesejahteraan hidup aku dunia dan akhirat. Tapi ada SATU wish yang memang dah lama sangat aku mintak, and finally dimakbulkan. Masa tu aku lah manusia paling bahagia sekali. Tapi takkan nak tunjuk kan? diam2 sudah =)



    That single wish is  
    to celebrate the birthday with my friends.

     Pelik kot mintak wish ni. Aku je rase benda ni special coz selama 20 tahun, aku tak penah celebrate dengan kawan2 sebab birthday aku bulan 12 and paham2 la. Skola tadika cuti, skola rendah cuti, skola menengah cuti, kat matrix tak sempat, and sekarang kat maktab, bulan 12 pon cuti! Tapi akhirnya, wish aku tu tercapai even hanya menumpang kat birthday kawan aku, Noryarhani Jailani. Birthday dia 13th..aku menumpang sekali la. Alang2 dah dekat.HAHAHA. Even menumpang, aku stil happy. Thank you friend! <3


    The best moment ever :

     Norharyani Jailani, birthday girl on 13th


    Sahabat2 lain:

     Anith



     Mix Fruits


    ^_________________^



    Wish yang lain, banyak lagi sebenarnya. Kalau aku tulis, aku mengharap orang kasi as birthday present kang.HAHA. So, tak payah la tulis. Wah! Aku 20 TAHUNN! 



    NOTA DINDING : berapa banyakk kali nak ulang yang aku dah 20 tahun laaa~ =_=''













    16 December 2010

    Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram

    Bila sebut pasal ikan bakar, terang2 la kan tu kedai seafood. Restoran ni memang menu special dia seafood. weyh, try la! kat jeram. Meh nak promote lagi. Kedai ni betul2 sebelah pantai. Aku selalu pegi sana malam, so kalau nak tengok pantai tu kena pakai torchlight dulu la kot sebab memang tak nampak hape pon! Angin dia sepoi2 bahasa la bak kata orang melayu. Food dia memang best! ada ummph! Harga berbaloi. Tak mahal, tak murah. Confirm semua orang mampu. Sila la try ye? =) 


    Ni menu kami makan semalam sempena menyelebrate birthday aku yg ke-20 
    *OMG!im 20! stil tak boleh terima*


    Menu utama:
    Ketam Goreng Cili
     Harga: 
    taktau, abah aku bayar =P


    Menu lain:

     Tambah tolak nasik dengan air untuk 6 orang makan,
    Total harga : RM  94.00


    Ok la tu kan? ketam tu banyak! paling penting, perut kami semua kenyang. =)


    Nota dinding : So, pegi la try ye? Restoran Ikan bakar, Jeram. Kalau pegi dengan
                          geng dalam 6 orang, sorang baru berape belas je. Ok la kan? ^^,









    OMG!

    Ohmigod! sesungguhnya esok aku sudah berumur 20 TAHUN! u know? TWENTY? DUA PULUH? ohmy oh myy.dan sesungguhnya aku stil tak boleh terima sebab aku sedar yang aku masih kebudak-budak-kan.HAHA (perasan.pfft)walaupun badan ku kecik, tak reti nak besar besar, dan masih kemetot sampai sekarang, hati aku BESARR tau? =P banyak wishlist nk buat ni before masuk puluhan.aih~tapi kalau baca wishlist ni before tiup kek, memang sampai cair la lilin tu, wish aku x habis2.ahah.tak pe.jap lagi aku tulis. jom makan seafood dulu.yummy2~~! ^^,

    Blog Ini Aku Yang Punya! =D

    Finally, aku buat jugakk la blog ni kan after banyak kali deleted blog yang asyik2 tak jadi je.HAHA. sekarang, saya, Nur Atiqah Binti Mohd Subkhi, (hamek kau, full name aku kasi), merasmikann! blog 
    "The Happy Freak"! 
    big applause pleasee~~ =D

    NOTA DINDING : aku masih baru. segala tunjuk ajar diperlukan. terima kasih =)
                            : blog ni as my birthday present untuk diri sendiri. weyh! birthday aku
                              esok!17th december 2010(mencapub gilakk) =P