Kau Suka, Kau Follow ^_^v

27 December 2010

Channel TV Malaysia Yang Baru !



Finally, Al-Hijrah ditayangkan jugak since 7 December. Aku kasi cket maklumat pasal TV baru ni yang aku carik kat wikipedia. 

TV AlHijrah merupakan saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia. Televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur. Ia dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebelum ini Jakim memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM. [1] Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda.
TV AlHijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember 2010. Ia memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Frekuensi

  • Lembah Klang - 743.25 MHz
  • Terengganu - 631.25 MHz
  • Johor Timur, Kepulauan Johor & Selatan Pahang (Menara Transmisi Bukit Tinggi, Mersing)- 623.25 MHz
  • Sarawak - 599.25 MHz
  • Sabah - 599.25 MHz
  • Pahang (Pahang Timur) - Pemancar di Bukit Pelindung, Kuantan-Saluran 22 Frekeunsi UHF 475.25 Mhz

Aku dah carik. Korang bila lagi? ;)

NOTA DINDING : kat astro blom tayang lagi..dalam proses..

    0 comments: