Kau Suka, Kau Follow ^_^v

31 January 2011

Mak Saya Pantang Kalau Anak2 Dia Jumpa Member Tapi Tak Tegur

Assalamualaikum! :)

Aku masih mampu tersenyum! Even sedang sakit. Aku demam! Again~ T.T Kenapa aku asyik demam sekarang ek? Antibody makin lemah kah? Atau pakgad2 dalam badan aku ni tak bekerja membanteras kuman dan bacteria dari membuatkan aku jatuh sakit?? Ni yang nak potong gaji mereka ni. Iekasub kuat! Rilek jee..kan3? :D 

Jom borak pasal member. Aku ni frenly. Agaknya lah! Orang cakap. Aku oke je.. Bila aku jumpa member di mana, mesti aku panggil. Even baru nampak bulu mata je pon aku dah jerit nama diorang dari jaoh! haha. Itulah aku. Ni mungkin sebab penangan mak aku. Mak aku akan sangat tak suka kalau anak2 dye jumpe member but tak tegur! Apa guna hidup kalau kita sombong dengan kawan2 kan? Nanti kalau time susah, carik kawan jugak. Time gadoh dengan pakwe carik kawan. Kalau time tengah tak de duit pon carik kawan jugak. So, kawan is everything! Jangan sekali2 sombong dengan kawan. 

Kalau diorang yang sombong macam mana?? Kita wat dekk je! Ape de hal? Kawan kita ramai! haha. So nasihat aku, kalau jumpa member tengah jalan, or tepi jalan or bawah jalan, tegur. Atau jerit je dari jaoh. Kalau nak sopan lagi, datang dekat2 pastu sentuh bahu. Cehh! Sopan gila. Kalau kawan tu kita dah nampak dari jauh, takkan nak kejar, berlari2 anak dengan barang banyak kat tangan semata-mata nak sentuh bahu. hahahaa. Tak dapat nak bayang macam mana. Tegur setakat yang mampu.. Angkat tangan saja pon dah oke.. kan?? So, jangan sombong2! Peace! ^_^v

30 January 2011

Sangat Risau Kan Kawan2 Di Mesir.. =(

Assalamualaikum..

Actually aku memang ketinggalan! Teruk betul perangai. Now rasa macam kesal kenapa aku tak update benda2 yang jadik dekat dunia kita. Pasal rusuhan di Mesir. huuu.... Kawan2 aku ramai dekat sanaa~!! Tersangat ramai.... huu.. Aku risau kan mereka! :(( Ya Allah, lindungilah mereka.. Sapa2 yang terbaca entry ni, tolong doakan kawan2 dan rakyat2 di sana.. Kalau boleh tunjukkan kerisauan anda! Sebab kita nak kerajaan kita amek tindakan untuk tolong~ 

Baca entry ni keyh?? 

Seriosly sangat risaukan kawan2 kat sanaaa...... :(((

Header Baru. Cekitout! :D

Assalamualaikummmmm!! :D

First of all, nak wish...


to Encik Zikeryhassan for the cool header! Aku sangat suuuukaa kannya! :D 

Geng! Nice kan header baru aku? haha. Bangga sangat! Time nak pampang header tu, mulut ni dok sengih lebih dari telinga orang sebelah tau??! Sukaa~~ :D


Masih sengih dan banyak kali pergi dashboard and patah balik ke 'view blog'. Dah berapa kali ntah aku buat macam ni. Tak puas tengok sekali! hahaha.

Pencinta Coklat

Assalamualaikum! :D

Apa yang best duduk rumah?? Saya tanya, saya jawab! Aku nak jawab, benda paling best bile duduk rumah adalah sebab adanya peti ais! Sebab apa aku sayang sangat dekat peti ais tu? Sebab dye membuatkan coklat2 aku kekal dalam bentuk dan keadaan mereka yang asal. Itu yang penting! Iekasub adalah pencinta coklat dan ini sangat serios! Sekarang kan dunia dah panas sangat? Suhu yang panas tu membuatkan coklat2 aku cair! aaa! Tak boleh terima. Tu pasal peti ais tu penting :) 

Sapa yang cakap makan coklat membuatkan anda gemok??! Meh nak rotan cket. Korang tengok aku ni macam mana?? Berapa juta kali aku makan coklat still aku tak gemok2! Urghh.Bila nak naik berat badan ku ini.. Sapa pencinta coklat?? :DD I Sayang U Ollss~ Aha! Jom cekitout coklat2 yang wajib korang suka!*winkwink*

 KitKat. aa! I love this bench! Sangat Creative! I want one!!

 Ferrero Rocher. :) Suka coklat ni. Tapi tak suka sebut nama dye! Terbelit lidah! Aku panggil FeRo je ^^v

 Kisses Hersyey's. Yang almonds sangat terrrrrbaekk~~

 Snickers. Got to get that!

 Toblerone. waahhh~~slurpp! haha. Chocolate is better than the white. :)

Sekarang tengah makan kisses and Fero sambil taip2! nikmatt~~~~


29 January 2011

"Pencarian Blog Paling Ringan, Ideal Dan Berat 2011"



Salam! :) 
Oke2 last entry! Serios last! Terjumpa pulak iklan encik si luncai..terus sukaa! So, nak jawap soalan yang ada dengan hati yang lapang dan luas :D

Jawab soalan ni : Blog korang ringan, ideal atau berat ?
-----> Blog saya ringan! hee.. 


Tag rakan-rakan blogger korang sesuka hati
-----> Nak tag semua rakan2 yang suka singgah blog saya :) 


Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
----> Done! 


Tarikh tutup 31 Jan 2011 / 11:59 PM

Thank youu! :)

Flip Flop Memang Santai!

Assalamualaikum! :D

Before memejamkan mata yang dah semakin redup ni, aku nak cakap yang sesungguhnya flip flop adalah spesis capal kaki yang paling sempurna! Penat aku menjalankan kajian capalrela apa yang rela menjadi alas kaki aku ni dengan selesanya. Lepas try heels, penat. Rejected! Lepas try wedges, best~ Tapi still too girlish untuk aku yang boyish. So, rejected! Then, sambung pulak dengan sandal. Selipar bertali belakang. Yup! Aku suka kannya. Tapi aku akan guna time aku rasa nak ber-style saja. Heh. Penah try sneakers masa zaman budak sekolah dulu. Tapi, leceh la! Kalau pegi hangout then nak solat, kene bukak kasut and stokin sume bagai. So, rejected! 

Sekarang dah jumpa passion baru. Yesss~ Flip flop! Lama dah aku pakai flip flop ni. Aish. Penat tulis flip flop. Bajet macam nak cool cket. Tapi sebut selipar jamban is better. Keyh, sambung! Selipar jamban ni not my taste dulu2! Rasa macam selekeh je pakai selipar jamban. Macam takda kasut lain je! Tapi, tu dulu! Sekarang, aku yang pengkutuk selipar itu lah dah jadi pengguna yang setia! Sapa nak tepek tapak selipar jamban kat aku tu, cepat2. Muka aku sedia menadahnya. Tapi beralas la. Kang bejerawat muke aku kene segala kekotoran kat tapak tu! Now, aku sangat suka tengok orang pakai selipar jamban. Macam cool gilaak! Plus selesa. Takda la terhincut2 nak tahan melecet. Tadi aku beli 2 selipar jamban! Yeahh~ Aku dah gilaa.. 

Comel tak?? Cakap la comell~~ :D

Oke, ni saja men-capub. Aku suka bantal kecik2 macam ni! Lagi2 zebra printed. Hwee~~ ^^v

Kepada pemakai setia selipar jamban, aku sekarang nak jadik geng korang and nak jadik pemakai yang tegarr!

28 January 2011

Zikery Hassan =)

Assalamualaikum! :))




Ziqq! Special entry untuk kau. Aku baru perasan yang selama ni kau belum meng-follow aku! Memandangkan aku memang tak femes macam kau, jadik hati aku macam tak rasa nak merajuk sangat la kan sebab ko tak follow aku. And sekarang kau dah follow! Cukup2 yang ke-100! :D Ke ko saja2 nak jadik yang ke-100?? Hehe. Saja nak perasan jap.. btw, Thanks a lot ye encik Zikeryhassan!teharuu :)

Aku Jatuh Cintaa! Erkk~



Assalamualaikum! :D
Okeyh, sekarang pukul 7.00 pagi jam zimbabwe. Dan sekarang aku belum mandi sebab pagi lagi maa! Apa barang mandi awal2. Dan sesungguhnya aku menipu. Oh no! Kau tipu2 aku lagi! Sekarang dah pukul 12.58 tengah hari! kalau dibundarkan, kira dah pukul 1 laa.. Part aku belum mandi tu, sumpah aku tak tipu! sorie la i busuk sikit. Aku memang suka mandi lambat kalau cuti.hihi. Nak cerita! Semalam first time aku tengok cerita raja lawak musim ke-5 ni. Aku memang selalu follow up la raja lawak ni tapi musim ke-5 tak berapa nak up to date sebab bila kat kolej, nak jejak kan tapak seliper jamban aku ke bilik TV pon aku malas, apatah lagi menapak kan kaki kat dalam bilih TV tu. Pertama kali tengok tengok, aku rasa aku dah jatuh cinta! Serioz! Aku jatuh cinta dengan dia sebab dia mampu buat aku mengilai bergelak ketawa! Dan orang yang sangat bertuah itu ialah NAZMI! hahaha. Rasa macam tak caya aku suka dye. Haish. Dye memang sengal2 otot! Kat atas tu la video kekasih hati ku itu! Comel kan??! :D Hope dye akan kekal kan kesengalan dye and makin hari makin sengal! hahahaha. *gelak guling2 tengok video nazmi.

"Sengal Zone : Pukul 12 Ni !"


Aku tengah mati kutu and ternampak segmen ni. Encik Sengalman! Awak kena baca apa yang saya nak cerita ni?! (ugutan) kalau tak, saya taktau apa lagi nak buat dengan ke-matikutu-an ku ini! (hanya tipu-tipu saja ni.hee) Okeyh! Nak sambung ayat ni. Jom cekitout~ 


Pada pukul 12, saya berjalan jalan di depan rumah.  Tiba tiba saya ditarik oleh PAGAR RUMAH! kurang asam punya pagar. Baju tersangkut pulak. Aku baru je nak pergi tengok bulan. Terus tak jadi! Merajok! 

Tu saja cerita untuk malam ni. Sekian.

I'm Bored! Oh well, nice to meet you, Bored.

Assalamualaikum sahabat sekalian!




Aku tengah mati kutu niii~~~ Tolong la... Nak buat apa ni.................................

27 January 2011

Alhamdulillah =)

Assalamualaikum! :)

Heyy heyy! :D Sekarang aku berada di rumahh! Bahagiaa~ Sakit tengkuk tidur dalam bus selama 8 jam. Adoi..Kene mintak tolong orang urut ni.Alhamdulillah selamat sampai. Aku ni macam ada satu masalah kot. Baru perasan semalam. Aku rasa, setiap kali aku nak naik bus balik kampung, mesti perut aku bergelora macam ada ombak main guling2 tanpa henti. Kadang2 tak lalu makan. Agaknya aku takot apa2 jadi dalam perjalanan kot! Tapi part lain nya, aku sedih nak tinggal kan kawan2.heeeeeeee.....Tapi kalau dah naik bus tu, tak rasa pape pon. Tidur je memanjang. Ni la iekasub. Si kuat tidur dan boleh tidur di mana2 je! Masa berkawat dalam platon and masa panas terik tu pon aku boleh tertidur! :P Sekarang, aku nak have fun! No homeworks pleasee~ To chinese people, happy chinese new yearr!! ^^,

25 January 2011

"Contest Pantai by mr.K"




Assalamualaikum! :)
Contest Pantai?? Gilaa menarikk! Memandangkan IPG aku memang sebelah je dengan pantai bukit kluang, so memang akan ada la gambar aku dekat pantai tu. Plus! Pantai memang favourite place aku! So, iekasub nak joinn! Jom kawan2! The more the merrier! :D





Gambar ni diambil oleh En. Zikeryhassan, sahabat saya. :) thank you ziq! 
Actually gambar ni dah lama. Tak ingat bila. Tapi yang sure, reason kenapa kitorang pegi pantai masa ni adalah sebab aku FAILED PAPER MATH. (T.T) Tengok la muka aku tuu! Muka sedih kot! Kawan2 yang di sebelah tu teman aku release tension sekali sebab esoknya aku akan repeat paper math tu. So aku memerlukan semangat sikit nak repeat paper. Sebabkan sahabat2 aku ni la aku rasa happy and alhamdulillah aku lulus :) Math subjek faveret aku kot! How come boleh failed?? Salah sendiri. Bukan salah orang lain. Aku tak takot la nak jawap math lagi! Aku kuat! haha. Time tu kecewee...tapi at least aku merasa macam mana feel paper failed. Taknak failed lagiii~~ Sedih~~Nampak kapal layar besarr tu?? Tu kapal yang ahli KRU buat untuk sesi penggambaran filem diorang yang tajuk ape ntah. Aku tak penah tengok pon. Tapi, memang kapal tu sangat cool! Nampak la macam zaman perdagangan kat Melaka tu. hihi. Overall, kapal and sahabat2 aku tu berjaya made my day! aku sayang diorang sampai kiamat.


Nak tag! :
2. duan


Sweet Memories Will Never Fades. And sahabat will always be by your side no matter what :)

Aku Pon Nak Sambut Raya Cina Jugakk! :D

Assalamualaikum! :D

Macam biasaaa..dengan mood girang yang memuncak dalam diri setiap hari, hari ni pon macam tu jugak! happy-go-lucky! yes, thats me! ^^, Nak bagitau ni nak bagitau! (muka jahat plus bajet ada orang akan dengki dengan berita aku ni) 

ESOK AKU BALIK KAMPUNGG! Yeeepee!!

Ni kes dapat cuti sambut raya cina. Aku pon nak sambut jugak, main mercun dengan jiran depan rumah. Aku dah get ready mercun papan yang gedabak ni. Tak sabar nak gegarr kan tanjung! ngeh3. Dah tiga minggu menanggung rindu untuk ketemu sama bonda dan bapak. Ngomong endon dikit. Wah! Kok bisak kawin sama cowok endon yang ganteng2 ni! (gatal) Esok aku balik weyhh! Muka kembang ni senyum sampai lebih dari telinga. Kalau boleh nak senyum lebih lagi sampai telinga orang sebelah! Tiket dah ada~ Bus Mahligai. Asyik2 bus ni! Macam takda bus lain. Eyh, suka hati la! Aku suka naik bus ni! Haa. Taktau la kenapa aku suka naik bus ni je. Banyak memori dengan bus ni kot.heh. 

Baju busuk semua belum basuh. Rilek dulu...kan?? (sedangkan gelabah. sebab dekat sini angin tersangat kencang dan mampu men-terbang-kan baju2 tersebut kalau aku sidai di hanger atau sepit baju). Yela. Memang la boleh kering. Tapi kalau semua terabor jatoh ke tanah, nanti aku pulak banyak kerja nak kena basuh dua kali. Takmo aku! Dah la aku paling malas basuh baju :P 

Malam ni baru nak pack! sukaa! :D Antara banyak2 hari di IPG, esok adalah hari terrrrbaik! (sebab esok cuti!haha) Ibuu! Abah! Sila tunggu kehadiran kitaa! :D

Doakan aku dan kawan2 selamat sampai oke?? :)

Nak Mengadu

Assalamualaikum! :D

Gumbira gumbiraa! Yeepee! Hooreyy! *melonjak kegirangan. Akhirnya! Dapat jugak aku meng-update blog. Lamaaaaa gilaaa kot tak boleh online sebab sapa ntah jahat pergi blocked semuaa wireless blok aku! Marah ni marah ni??! Grr~ Saba iekasub. Tu tandanya suroh ko focus kepada movie2 yang ko belom habis marathon tuu. Reti amek! Tapi tak reti2 nak habiskan. Padan la dengan muka kau. (duh!) Ni pon menompang dengan sahabat baik aku ni ha. Terima kasih ye cik arinah sanip. Rasa nak ciom pelok kau sekarang. hihi. *blush(penampar nak)* 

Memandangkan dua hari lepas aku tak sehat. Pening ter-amat-sangat plus muntah hijau. Ops! Sorry, sengaja pulak nak jadik pengotor. Eww~ Attention! Jangan tanya 'haa...berapa bulan ha?? Aih~ Tu semua, mintak dijauhkan.. Aku hanya betul2 tak sihat sebab memang lama sangat tak sakit ( antibody kuat. Peh! Double duh!!)  Kepala gila punya pening sampai seharian asyik tidurr sahaja! Kalau hari2 macam tu memang tak guna la hidup kot. Dah macam mayat hidup. 

Disebabkan sakit, sampai bilik habis tongkang pecah, aku pon nekad menelan 3 bijik panadol (saja ja buat vogue. Bukan makan sekali gus. First time, makan sebijik. Pastu petangnya, 2 bijik pulak. Normal la tu kan?) Lepas makan ubat and tidur selama lebih 12 jam, (solat masih sempurna ye anak2?? Lepas solat, sambung tidur. hehe) Malam tu jugak! Aku gagahkan badan yang kental ni mengemas bilik dan membasuh baju dan menyidai baju. Suka3! :D Lepas tu, tumbang balik.haha. Agaknya memang time tu tersangat penat. Minggu yang memenatkan. Tu pasal la sakit kot.. Sekarang just mintak dielakkan dari sakit macam tu lagi. Penat laa asyik muntah je..huu. Tapi mesti ada hikmah kan.. Allah bagi sakit sebab nak ingatkan kita supaya lebih dekat dengan pencipta ke kan.. Mungkin ada hikmah lain ke.. Musibah macam mana pon, sabar nombor satu keyh! :) Sedar diri la jugak time tu.. huhu. Sekarang, Alhamdulillah dah sembuh! :D Yeaa! 


Sekarang, Iekasub boleh kembali aktif dan lebih hyperr!! Yeehaa!

21 January 2011

Always Remember, Life Is Too Short!





Assalamualaikum! :)

Dah baca words atas tu?? Best kan? Yup! Sangat best! Angguk banyak kali! Oke, stop. Kang tecabot pulak kepala tu. Perasan kan? Words ni have a very deep meaning. And paling penting, I love it! :) 

Dalam hidup kita ni, takda benda yang boleh kita sesalkan. 
Crioz ke ni?? Iekasub ni boleh caya ke?? Of coz la! Muka punyaa suci ni! Takkan gua nak tipu plak?! (jadik gangster jap) Actually aku nak maksudkan, enjoy your life to the fullest. Kalau asyik dok meratap sedih bila kecewa dalam hidup, kecewa kena buang kerja, kecewa result exam tak bagos, kecewe bila putus cinta! (ni part paling tak cool.oke? TAK COOL. To kakak2 and adik perempuan, stop crying sebab lelaki. You deserve better) Kalau semua benda kita nak keciwaa, sampai bila kita nak maju? Memang tak boleh nak nafi yang masalah sentiasa datang and belambak2 setinggi gunung everest, bila umur makin banyak. Itu biasaa! Life is hard! But, we have to face it. Barulah kita ada jati diri yang kuat. Kan?

Kalau nak hidup bahagia, buat je apa yang korang rasa korang nak buat. Tapi! Jangan salah paham dengan apa yang aku cakap tadi. Maksud aku, korang boleh buat apa sahaja, anything, selagi ianya tak salah di sisi agama Islam kita (to muslim). Sebelum buat apa2, mesti pikir banyak kali oke? Ingat Allah, ingat ibu bapa and pikir maruah kita. Banyak je benda gila yang kita boleh buat! Semua nya ikot diri korang sendiri. And iekasub?? Aku ada cara aku sendiri :)
Senang kata, buat apa yang korang nak buat but control yourself, pakai apa yang korang nak pakai asalkan menutup aurat, and cipta dunia korang sendiri ikot cara korang. You worth it! Tak caya?? Cuba try! Barula hidup bahagia dunia dan akhirat. Selamanya. Life is too short babe! Enjoy it! And everything will be fine. InsyaAllah. ^_^v

20 January 2011

Bahagiaa~! :D

Assalamualaikum! :D

Lamanyaa tak update blog~Kangen Band! Maybe sebab sekarang dah jadik pelajar cemerlang kan? Sebok sana, sini dan situ, so everything jadik tak tentu arah.haha. Agak perasan sekejap. Sigh~ Tapi criozly, minggu ni memang teramat sangat bz dengan semua presentation and laporan SU, and paling latest, pameran inovasi di Kampus Dato' Razali Ismail :) Sangat seronok! Dapat pergi jalan2! Yang penting, dapat keluar maktab kejap time kuliah. Kira cuti sehari la. I like! haha. (Contoh best student. Hampeh) Ada side reason jugak! Dapat cuci cuci mata tengok pakwe kachak machak! har8. (bahagia) Overall, inovasi kitorang dapat good feedback! and dapat banyak nasihat untuk penambah baikkan. Even besenkang mata sampai pukol 5 pagi, semuanya berbaloi! Terima kasih semua :) 


 Its me its me! I'm presenting our product! :D (teruja sendiri)

 

Harini dah masok hujung minggu. My weekend starts well! ^^, Dah lama tak keluar makan dinner dengan sahabat. Naik motor tanpa lesen P, (baru L.haha.busuk gila), boleh teserempak pulak dengan geng2 rempit secara halal??! (POLIS) OMG! Patah balik kot! :D Nasib baik takda adegan kejar mengejar dengan polis2 sekalian. Aku tanak bayar saman weyh! Boleh puasa berbulan2! Aih~ tak mampu.. Pastu dah sampai kedai makan yang first, ramai pulak warga maktab! Takmau2. Nak privacy cket.hahaha. Patah balik lagi sekali. Kalau tambah tolak darab bahagi, memang kitorang dah sampai Jerteh. (40 minit dari maktab aku ni kot.ntah). Last2 pegi makan kat Restoran Gemilang. Memang port terbaik la kan! Sebab teserempak pulak dengan lecturer yang bawak aku and the geng pegi pameran inovasi semalam. pffft~! Takpaa..dia sempoi orangnyaa..hehe. Lepas makan food yang gila vavi pedas tu, kitorang pon kembali ke maktab yang damai lagi permai. And now hoping, tomorrow will be more exciting than today! Wah! Bahagiaa~ :D

16 January 2011

Congratulation Dear! :D

Iekasub bersuap-suapan dengan Syahamah. Sesungguhnya bersuapan itu manja. hahah.

Syaha! Congratz dear sebab kau telah dilantik menjadi ketua kediaman blok siti khadijah! Aku bangga weyh! Aku rasa blok tu, kitaa yang punyaa! haha. Habis la aku konker bilik tv, bilik dobi.. Siaplaa~ haha. Member yang jadi ketua, aku yang lebih :D well~ dia dah dok menetap sekatil dengan aku. Apa aku punya, dia punya jugak. Apa dia punya, mesti la aku punya jugak. Bising gilak aku tadi, menjerit, mengilai, sebab teruja dia terpilih! Kena sound babe. Kena sound! Aku suka kena sound ni. Nampak sikit aku nakal. kekeke. As a present, aku bagi dia hairband. And tampal notes tahniah dekat pintu dia. Tapi dia belom perasan kot. Nanti dia perasan, mesti dia malu. Aku suka buat orang maluu! Yezza~ :D LBNL, congrats again Syaha! Love much! :))

15 January 2011

"Saya Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu"


(Aku bersama2 kawan seperjuangan di IPGKSM. Ni masa BIG di Pantai Bukit Kluang. Kelas kami semua 20 orang sahaja and yang penting, 2 orang je lelaki! kesian diorang. haha. Yang penting, diorang berdua kawan baik aku sampai mati and sesungguhnya mereka straight! What a memory) (^^,)

Mula2 aku ingat aku dah ter-miss segmen yang best ni! Dapat jumpa member2 IPG. Sebab lama sangat aku tak bukak blog. And alhamdulillah! Aku belum telajak lagi. yeaa! Bahagia :D Student IPG! Jom join! Klik Aku Budak IPG! keyh? 


Aku ambil kursus PENDIDIKAN PEMULIHAN SEKOLAH RENDAH. Kos ni kira macam aku akan jadik seorang cikgu yang sememangnya pandai (poyo) dan nak membantu kanak2 yang lemah dalam subjek BM and Math. Ni la tugas dan amanah yang aku kena buat nanti. Semoga semuanya berjalan lancar. Do pray for me too!

Pengalaman manis yang paling best and memang takkan lupa rasanya terlalu banyak! Tapi yang paling paling paling ingat ada dua. Which are, first, masa Drama Night. :) Kitorang semua dalam satu unit ni dah tak macam kawan! Semua tonggang langgang gadoh sebab semua ada pendapat sendiri and semua macam tak cooperate langsung! Serios cakap. Time tu sampai nangis2 sebab semua orang dah macam selfish yang amat sangat. Tapi lepas tu, the drama was succeed! :D And alhamdulillah, sampai sekarang kami semua tersangat rapat even kadang2 ade masalah cket, and semua boleh cooperate. Macam2 kitorang dah lalui bersama :) 

 Aku jadi hulubalang kepada si putera. haha. handsome jugak aku rupanya :D

 Before masuk hall. Cuakness!

 Backdrop kitorang! best main cat. :D

 And, finally, aku si kitkat girl! Abaikan ketidak sopanan itu :)


 Perubahan dalam sistem pendidikan? Aku jenis terima semua perubahan yang boleh diterima pakai. Sekarang, aku dah berpuas hati dengan apa yang ada and just mengharap, tahun akan datang, kitorang yang bakal2 guru ni, akan jadi lebih hebat and lebih cemerlang dari sekarang demi negara Malaysia! (peh, semangat terlebih)

Semua kenangan. And aku sayang kengkawan aku! Love, laugh, live forever :)

Sehodoh Ugly Betty

 Assalamualaikum! :)

Penah dengar nama Ugly Betty? Alaa.. zaman kita kecik2 comel dulu, popular sangat la cerita ni. Tapi tajuk yang dulu bukan Ugly Betty, dulu tajuk nya Yo Soi Betty La Fea. Eh, ye ke? Lebih kurang laaa. Asal kan ada nama Betty tu kira sama la. hehe. Aku suka betol la dengan cerita ni! Sekarang tengah marathon untill season 4 dari season 1. Tak habis2. haha. Menghayati~ biasalaa. Love the character! Ugly on the outside, but beautiful on the inside. Its just like me. hehehe  :)



Betty La Fea. The old version. 








Version sekarang! Oh, i love her!!













The real America Ferrera. See! Betapa hot nya dia. Even hot sanggup tau terima berlakon jadik orang huduh?? Dia dapat anugerah 'Pelakon TV terbaik' sebagai Ugly Betty masa Annual Imagen Awards dekat Baverly Hills, california.


I salute youu girl!


14 January 2011

Mokcik Kayoo!!

Assalamualaikum semuanyaaa! :) 


Wah! Mokcik kayoo!! haha. Ni adalah hiburan semata-mata. Gambar tahun 2009, di bandung, Indonesia. 
*poyo je tunjuk duit banyak2 tu. Duit endon je pon~ :D



Lama gilak aku tak ber-blogging. Apatah lagi ber-blog-walking. Bila aku dah bosan, segalanya aku tolak tepi. Dok diam2 je maratap nasib hidup ni yang agak2 nya bila akan berkahwin. (ceh! kawen saja yang diingatnya!gatal) Ni nak cerita ni...Aku semalam buat kerja dengan besties kat bilik mereka. Kitorang dapat task 'history of money'. History~~e yek2! bosan gila kot sejarah2 ni?? Ni first impression aku bila dapat task tu. Tapi, semua tu tipu je weyh! Serios best sangat tajuk ni. Penat kitorang menggeledah segala website yang cerita pasal duit2 kat Malaysia ni since tahun before penjajahan dulu. Nah, tengok sendiri apa yang kitorang jumpa!  

*Gambar2 ni tak ikut urutan tahun kewujudan ye? Aku malas nak susun.hehe

 Duit ni dibuat masa tahun 1971. Ada muka Tuku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebab duit ni dibuat sempena memperingati beliau


 Ha, ni kulit siput. Ni laa duit nenek moyang kita guna dulu! Duit pertama yang digunakan di Malaysia. Sekarang, orang tak pandang dah kulit siput ni! :D


 
Duit Malaya British Borneo. Tahun bila ntah. Tak ingat. Tapi keturunan awal kita memang penah guna duit ni

Duit awal dari Kedah. Sapa orang Kedah? Pegi carik kat nenek moyang korang. Kalau stil ada laa..huhu
Duit dari Johor. Berpetak-petak ha!
 Ni pulak dari Melaka. 

 Pitis Kelantan. Sebab tu orang kelantan panggil duit = pitih. hee..

Ni dari Terengganu~ huih..orang ganu ni..


Banyak kot yang kitorang dapat semalam. Saja je nak share. Takkan reti nak guna duit je kan tanpa tau mana asal usul dia. At least dapat la bayang macam mana orang dulu2 bawak duit berat2 ni. Mesti ramai yang koyak poket. haha. Sejarah~ oh sejarah..

12 January 2011

Tips Besengkang Mata

Assalamualaikum! :)

Kawan2! Jom besengkang mata jom?? *macam ajak hape je heh? Kenapa? Eden nak buat kerojee.. Banyok bebenor nye pulok nye ha. Aih~ Semua nya kena taip. Habis hilang huruf2 atas keyboard ni aku asyik dok tekan dia je. Meh nak kasi tips macam mana boleh nak sengkang mata lama2. Baca leklok! Buntang kan cket mata tu!
1. Angkat dua2 belah tangan tegak ke langit
2. Kemudian, letak atas bahu.
3. Lepas tu letak kat pinggang. 
4. Tangan yang kat pinggang tu, angkat slow2 se-slow kura2. lambat lagi daripada tu, lagi bagus! 
5. Dalam slow motion, letak tangan dekat mata.
6. Bukak mata besar besarr! Tongkat mata dengan jari2 dari tangan itu sampai mata berair! 

Pedih weyh pedih! Agak2 dah merah mata tu, baru sambung buat kerja. Jom!

*iekasub mulai bengong dan tak tentu arah. Mata mulai naik juling. @_@

10 January 2011

Unit Beruniform TKRS

Assalamualaikum! :D

Waaahh~ Bright sun la today.. Cerah, secerah wajahku! haha. Dekat IPG ni, every Selasa, kitorang ada UB (unit beruniform). Ala.. macam kat sekolah dulu2 tu? Kitorang kan bakal cikgu so kena la involve dengan benda2 sebegini. Aku mintak TKRS and diterima! Bahagia! :D Sapa dulu2 dia KRS?? Best tak KRS ni ea? Aktif kan?? Aku suka aktif2 ni. I LOVE SWEAT! hak3. Dulu aktif kadet polis. Seriously, dulu memang hitam bin legam la sebab aktif kadet polis and olahraga. Sekarang, dah masuk TKRS ni, adakah aku akan kembali hitam legam seperti dahulu?? Dengan spek putih aku ni. Dapat bayang tak kekontraan nya tu?? Nanti dari jauh orang nampak spek dengan gigi aku je. Haha. 

*baru berniat nak tunjuk muka aku yang hitam legam umpama bontot kuali tu. Tapi intenet macam sipot sedot pulak. Tak dapat la nak tunjuk~~ :P

Kadet Polis dengan TKRS memang berbeza. Tak la banyak sangat. Tapi mula2 memang pening la cket.. After ni oke kot.. Dah la tadi dalam platon pakai baju kurung! Dengan heels pulak tu! Best2 :D Iekasub menyandang jawatan setiausaha. Ceh! Paez la ni! Pegi calon kan aku ngape?? Aku dah la tak penah langsung pegang SU ni. Kalau AJK je, memang dah terer la. Aih~ Pikir positif, bagus jugak. At least aku dapat pengalaman baru. Haa.. betol3~ Semoga aku dapat menjalankan tugas dengan cemerlang, terbilang dan terbaik! Mangat!

Hidup TKRS! :D

Bawah Meja Ada Apa??

Assalamualaikum! :D

Aku teramat bahagia di waktu ini! yeaapee! Haha. Menggila sekejap. Kenapa aku bahagiaa sangat ni? Ntah. Tiba nak rasa macam ni. Agaknya sebab katil dah miscall aku kot nak ajak tidur. Ni la saat kedua bahagia! Yang pertama bagi aku, semestinya makan! Nikmat makan tiada tandingannya. Mm.. yummy~ Best jugak kalau mimpi makan banyak2! Dah lama tak mimpi kan? Sebab tu mintak mimpi yang bukan2. :P Oke! Sebelum tidur ni, jom tengok bawah meja korang ada apa?? Weyh apa tu weyh?? Adakah HANTU?! Apa pasal belonggok2? Diorang ni hidup sekelompok ke? Dah la banyak! Apa benda warna merah tu?? Adoi~ Sesungguhnya itu adalah bakul baju busuk aku. Ceh! Bertimbun2 baju busuk~ Terbukti, iekasub memang tersangat pemalas! *bab2 ni je aku malas~ benda lain aku rajin jee.. Nampak gayanya esok aku kena basuh baju. =_='' 

Okies people! Good Night! Katil dah rindu! ^_^v

Hari Ni Dah Contact Parents Anda? :)

Assalamualaikum! :)

Mula2 nak mintak maaf sekiranya entry ni sensitif kepada certain2 orang. Kepada yang sudah kehilangan ibu dan bapa. sebagai anak, sentiasa doakan kesejahteraan hidup mereka di alam sana ye? Sedekahkan Al-Fatihah buat ibu bapa anda. Hanya doa2 dari anak yang soleh dan solehah yang menjadi bekalan buat mereka di sana. Setiap yang hidup, pasti akan mati. Kuatkan hati. Mesti ibu bapa anda di alam sana juga sentiasa mahukan yang terbaik untuk anda. :)

Pikir2 balik, aku bersyukur yang amat sangat sebab stil ada ibu dan abah yang sentiasa ada di sisi. Ramai je kawan2 aku yang dah kehilangan orang2 tersayang. Ada jugak yang kehilangan ibu dan bapa masa umur diorang baru setahun jagung. Tak pandai lagi nak urus diri semuaa. Macam mana la ea? Tabahnya mereka ni.. Nak muhasabah diri kejap sebab kawan aku cerita pasal lecturer dia tanya, yang diorang tu dah contact ibu bapa diorang. Terus rindu jap dekat parents. Tabahkan hati. Apa sebab kita belajar jauh2 kan? Sebab nak berbakti kepada ibu bapa kita. Belajar sungguh2 dan sentiasa doakan ibu bapa kita ye kawan2?  :)

Lecturer tu cakap, kalau kita pandang je wajah ibu atau bapa kita, kita dah dapat pahala! PANDANG ye? LIHAT, TENGOK. Baru tengok, belum salam, cium, peluk semuaa.. Sebab tu mereka ni ditempat kan dalam darjat yang tinggi. Tapi kalau dak belajar jauh2 ni takkan time tu jugak nak pegi beli tiket and balik rumah semata2 nak jumpa parents pulak kan? Sebab tu gunanya henfon... Text mereka. Lagi bagus, call terus! Mesti parents kita pon gembira dengar suara2 anak2 manja diorang kan? Penah dengar lagu Raihan tu kan? Mula2 sayang ibu kita, orang kedua pun ibu kita, orang ketiga baru bapa kita. Peh! Tinggi betul darjat seorang ibu ni. *ni yang rasa nak cepat kawen and dapat anak ni! (gatal)

So, dah contact parents korang belum? Kalau belum, grab henfon cepat! Call sekarang! Belum tidur lagi kot mereka tu. hehe. Kalau dah, bagi message pon oke? :)  kalau dudok serumah, pergi jumpa parents cepat! pegi stare muka mereka lama2. kalau mak korang tanya, kenapa pandang camtu?? Cakap je, saja, mak cantik la. ecece! (dalam hati mak, bangga dapat anak macam ni.) Kan ke indah tu? ^^,

09 January 2011

Banyaknya homeworkk!!

Assalamualaikum! :)

Macam biasa, lepas makan, jalan laju2 menuju ke bilik dengan kasut tumit serendah 2 inci itu, mendaki tangga sebanyak 3 tingkat dan mengira2 jumlah anak tangga yang ada di tangga tersebut. Tu la rutin harian aku kalau after habis kelas. Nasib baik kelas petang cancel! *teruk perangai! Lepas dah setel kan segala aktiviti mencabut tudung dan menukar baju dan mengemas bilik sedikit, terus bukak lappy. Bajet banyak idea nak merapu dekat entry harini. Tapi, tengok je wajah blog yang comel lote ni, terus blank! Takda idea. Peh! Apesal ni.. selalu banyak je nak cerita. Bosan. Terus bukak list homework to do. Mak aih! Belambak nya! Biar benar?! Baru seminggu kelas.. Adoih~ Penuh satu page list kerjanya. Gila lah! Bila nak siap kan ni?? 

  • Pn. Azlina : slide show article week 4.
  •                 : mind map article 1 & 2.
  • En. Helmi : rancang set induksi. individu. (esok nak weyh! mampus aku)
  • En. Halim : pembentangan tajuk 5 (pro forma)
  • En. Matzin : kegunaan pentaksiran dalam pendidikan khas & juga dalam pelbagai bidang yang 
  •                    melibatkan murid khas. (ISL)
  • En. Ghzali : Pembentangan kuliah (group 3)
  • En. Wan   : Pembentangan no.3 (communication)
  • En. Arif    : Worksheet (group)

Banyak nyaa~~ wuwuuu.. Kalau ada sapa2 yang free and rela hati nak menolong aku siapkan kerja2 yang bertimbun ni, sila miscall aku oke?? Dah la partner dekat blok lelaki! Kang aku terjah bilik kau, baru kau tau. Susah betul~~~ (~_~)

Kenny Rogers Roasters : RED Day!


Did you see that??! Is that BIG enough??! Ke nak besarr lagi?? Dah2. Cukup~ Kang tekeluar dari skrin pulak.. Adakah anda nampak apa yang saya nampak?? Ya! Sudah semestinya kerana ianya betul2 di depan mata anda! haha. Buy 1 kenny's quarter meal dapat free another one?? Berbaloi2 ni! Satu meal dalam RM 15++..Kalau bahagi dua orang, sorang baru RM8++. *Cop2. Cek wallet jap. Kot2 belobang ke. Hmm. Ada lagi beberapa sen ni! Boleh la kot pergi :D
Apa?? Kena pakai either RED clothing or accessories or footwear?? Takda hal! Ada je harta aku yang berwarna merah. Kalau takda, sempat lagi aku nak cat tukar jadi kaler merah. Event hari Rabu ni..12 Januari.. Kelas petang takda..So macam boleh pegi je?? :D Dah la sehari je! Cuba kasi lama2 cket. Haha. Ajak geng ramai2 cket. Pon best jugak ni! Korang, jom!! Mem-boria kan Kenny Rogers Roasters dengan warna merah! jangan fully dress up pakai red colour pulak. Kang jadi macam badut pulak. hihihi. Jom kawan2! Kita serang KRR hari rabu ni! Wee~~ *excited.

Sedihnya~ T_T

Assalamualaikum kawan2..

Lama nya tak pos entry. Lama kah?? Ke baru semalam aku pos? Tapi pos satu jee.. Aku nak pos banyak3! Tensi lah sekarang. Kenapa ni~ Feeling semua carcamarba! Sebelah sedih, sebelah geram, sebelah confuse. Huk3.. Suka betul emosi time2 macam ni. T_T ibuuuu~~~ (Tak malu! dah besar gedabakk nak ibu jugakk! Tarik rambut nak??)

08 January 2011

Kasihan Budak Ni. Ya Allah, lindungilah beliau. amin..

Missing Child~Bantu sebarkan!!!



Emergency Entry!!!
Salam semua blogger....kat sini saya nak mintak tolong skit sebarkan poster missing child nih. Harap-harap dengan menyebarkan gambarnya mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Hanya ini yang dapat kita buat...please!!! Kalau ade ape-ape info, contact this person in FB 'Norazuin Munaji' incase u have any news about this handsome boy...harap semua dapat membantu...insyallah.-ATP
He's soo adorable! :( sedih la pulak tengok entry ni.. Macam mana kalau adik kita sendiri hilang? Cuba bayangkan perasaan ibu Adam Shah ni? Tak boleh nak tulis lama2. Sebak. Kawan2 yang disayangi, mintak tolong sebarkan poster ni kemana2 saja yang anda semua boleh sebarkan.. Ni saja lah pertolongan yang kita boleh bagi kepada keluarga yang kehilangan Adam Shah ni selain daripada berdoa. 

Berdoalah demi keselamatan Adam Shah. Ya Allah, berilah perlindungan kepadanya dan kembalikan beliau kepada keluarganya. Amin~

07 January 2011

Tengah Malam, Jom Kemas Bilik

 
Assalamualikum semua! :)

Sekarang jarum panjang dah tunjuk pukul 01.55 pagi. Mata empat ni stil belum ngantok. Agaknya nak kena orang dodoikan kot. Selalunya, sebelum tidur, aku ada buat satu hobi yang best la kot bagi aku. Nak tau tak?? Cakap la nak. Angguk? Geleng? Baik angguk! haha. Boleh teleng kepala kalau buat macam ni hari2. Angguk geleng angguk geleng. haha. 

Cuba korang tengok sekeliling korang. Maksud aku dalam bilik korang. Tempat yang tidur hari2 tuu... Ada katil.. Ada meja stadi.. Ada almari.. Kan3? Agak2 bersih ke..besepah? Ke sedap mata memandang? Kalau menaip atas meja belajar tu, kalau tadi ada bukak buku, memang besepah gila la meja ni. Serabut aku nengok. Kalau bangun tidur selepas aksi tidur guling2 yang ganas tu, habis bekedut bedsheet aku. Dengan anak2 patung aku sorang ke lantai, sorang kelaut. Serabut2.. 

Jadinya, setiap malam! Selalunya tengah malam la sebab aku suka tidur lambat. Aku akan mengemas bilik! Siap menyapu lagi kau?? Aku ni ada resdung..kena la jaga habuk2 ni cket..hehe. Nanti bangun pagi, tak de lah bukak mata je, rasa macam "eh, aku kat mana ni? hutan amazon ke??". Apa kata korang ikut jejak langkah aku ni? Ni kira jejak Rasul la jugak kan sebab Rasul kita kan sukakan kebersihan? *winkwink* So, apa lagi! Cepat kemas! ^^V



Katil: checked!

Meja: checked!


Baru laa boleh tidur dengan selesa lagi aman sentosaa! Good night, eh! good morning kawan2..^_^V






Sengal Zone : Saya Lagi Laju !




          A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z 

DONE! HAHA

*gelabah

"Contest Aku Dan Kacamata"



Assalamualaikum semua! :)

Nak join contest ni! Actually contest ni dah tutup tapi en.syafiq bukak balik sebab banyak permintaan. Before ni just usha orang2 yang masuk, tapi hari ni macam nak try join sekali alang2 ada peluang ni.hee. Nak ajak kawan2 baru jugakk! So, nak tag

zwan sabri
ezan idma

Ni gambar untuk contest kaca mata ^_^V

poyo nyaa..sape kah ini.. haha. semoga kau membawa tuah wahai gambar poyo.puhh! tq en.syafiq! :)

06 January 2011

Tengkiu Encik Sengal Zone! :D

Assalamualaikum semua! :)

Tadi kan tadi kan, sedang aku khusyuk ber-blogwalking, follow sana follow sini, komen sana komen sini, dah penat, aku patah balik pergi dashboard aku. And suddenly! *macam saspen.pfft. Ada banyak new entry..aku memang suka bukak entry entry baru ni. Semua nya aku bukak! Sampai satu part, terjumpa entry baru encik sengal zone. Favourite blog ni! Tak penah miss entry baru dia. Sebab dye sengal, sama la macam aku kot.haha. Entry baru tajuk "3 Teknik Nak Dapat Nasi Lemak Lebih !". Aku usha sebab nampak gambar nasik lomak yang begitu melaparkan aku! Elok2 time tu aku memang tengah kebulur. Dia kasi tips nak dapat nasik lemak lebih pulak. Mau nya aku tak tengok?? kot2 boleh dapat nasik lemak free ke. And aku pon go through la satu blog dye and tejumpe sesuatu yang sangat disukai oleh aku. :P AKU DAPAT MASUK VIP BLOGLIST SENGAL ZONE rupanyaa! hahah. Klik tulisan merah tu kalau tak caya! dekat SengalZone VIP's*macam la orang kesah. hihi. Dah lame aku tunggu nak tengok sapa yang dapat masuk tu. Rupenya aku diterima. Tak kusangka! Macam mana boleh tak perasan ni?? Ape laa..Perasaan gumbira macam baru lepas dapat 4 flat dalam exam! wahaha. Haih~ponat gumbiraa ni.. 

To Encik Sengal, thank youuu! really appreciate it! :))

"Ibu! I Love You!!"

Assalamualaikum semuaa! :)

Disebabkan tahap kelaparan yang amat sangat tinggi, and segala jenis bunyi sudah keluar dari perut ni, aku nak join satu segmen yang sangat bagus sebab kita kena tulis entry pasal ibu kita! atau mama, atau emak, atau umi atau dan atau. Sesungguhnya panggilan tu khas untuk mereka yang dah penat kandungkan kita dalam perut mereka selama 9 bulan. Jangan lupa! Mereka jugaklah yang lahirkan kita :) takkan dah duduk dalam perot 9 bulan, tak reti2 nak keluar pulak kan? Boleh mati lemas!Semua orang ada ibu. Ni lah masanya kita nak show appreciation kita kepada ibu tersayang.. :) jom join! Kelik encik sudirman ni. Saya suka nama beliau! unik! ^^,


 encik sudirman yang dihormati :)


Ibu dan ieka :) she's my everything!
(cantik kan mak aku?? jeless tau..ramai yang kata beliau kakak aku. haha. aku bangga dapat ibu secantik kamu, ibu. ^_^)

Nama ibu aku, Safiah Bt. Ibrahim. Beliau adalah seorang cikgu, thats why anak beliau ni ikut jejak langkah beliau. Anak yang berhati mulia tu, sayalah! :P  Aku gelarkan diri aku dalam komunikasi seharian dengan ibu, menggunakan 'kita'. Taktau la kenapa. Memang dari kecik panggil macam tu. Ibu lah segalanya. Seriosly! Masa beliau kata yang maybe beliau akan jarang balik rumah if beliau sambung belajar pun aku dah sentap. Mana tak nya. Kalau balik rumah time cuti, beliau la orang pertama yang aku nak jumpa. Abah pun orang pertama yang aku nak jumpa. Senang kata, aku sayang dua2! hee. Jasa beliau yang paling besar adalah beliau dah lahirkan aku and mendidik aku sampai jadi seorang yang berguna dan berjaya sampai hari ni :) Semua keputusan yang besar-besar aku mintak pendapat beliau. And most of my decision dalam hidup ni, semuanya bimbingan dari beliau. Kalau beliau suruh aku kawen dengan pilihan beliau pun, insyaAllah akan aku ikut ;) Macam-macam dah kitorang buat sama-sama. Masak sama-sama, shopping sama-sama, pergi kenduri pun sama-sama! She's my shadow. Mana ada aku, kat situ ada beliau.

Too ibu, too many reasons why i love so much. Tak boleh nak tulis panjang2 kat sini. Dalam surat2 yang kita kasi ibu tu pun, rasanya dah cukup panjang kita cakap betapa kita sayang kat ibu. Tapi still tak cukup. Just nak ibu tau, kita teramat sayang kat ibu. :) Hesh, susah betul nak luahkan betapa aku sayang dekat beliau. Its all deep in my heart. 

Taktau nak cakap apa sebab aku sayang ibu aku. Memang selalunya macam tu lah. Kalau kita sayang seseorang, kita takkan dapat bagitau kenapa kita sayang dia.Tapi yang pastinya, saat paling aku rasa aku kecewakan beliau, masa dapat result spm. Crioz aku benci result SPM aku. Sebab result SPM aku la, aku rasa ibu sedih. Aku je yang rasa kecewe camni, ibu rilek je pon.. Maybe sebab aku nak dapat keputusan yang bagus untuk ibu aku. Masa UPSR and PMR, aku dapat bagi full untuk ibu. Tapi SPM tak full, aku frust gila amat! Taknak cakap pasal SPM dah. Tak suka. 

Too ibu again, hehe. Ibu! Kita sayang ibuu! berapa kali nak cakap daa~ :D Ibu tau kita macam mana kan? Gila gila cket..haha. Ibu pon dah jadik gila layan anak macam kita ni. Kita nak ibu tau, kita selaluuu doakan yang terbaik untuk ibu. You will always in my heart even we are miles apart. Maafkan semua salah silap kita eah? Kita pun belum terer lagi ni dalam bab2 memasak. Hope ibu bersabar, tunggu kita jadik cukup terer and setanding dengan masakan ibu.hihi. love you much! ^^,
(i noe u reading this. muahh2!)

Nak aku follow korang tak? :D

Assalamualaikum kawan2! :) 

*menaip ketar ketar macam parkinson tahap kritikal* brrr~~sejuk betul dekat sini. Dah macam dekat oversea! Tak penah penah jadi alim ulamak dalam bilik, tapi kali ni, seketol aurat pon tak nampak. Semua tutup litup. Selendang, sweater, stoking, seluar, sebaju, spender. oppss!! telajak. hehe. Hari ni actually kejayaan terbesar aku dalam dunia blogging sebab hari ni agak ramai yang meng-follow aku, lebih la dari 2 orang. :P Jutaan thank you kat korang! Korang rock! 

Korang sedar tak yang meng-follow blogger ni dapat membuatkan umur mereka panjang sedikit sebab korang dah membuat mereka tersenyum dengan begitu gembira sehingga mengalir kan air mata?! Peh, tipu gile aku. Paling tak pon, mereka semua tersenyum panjang hingga ke telinga. Macam aku la jugak. Kan korang kan?? :))

Dari awal ber-blogging memang hobby aku meng-follow orang. Semua blog yang aku sengaja masuk, atau tak tersengaja tersinggah, pasti aku follow! Satu kewajiban. Orang yang tegur dekat chatbox pon aku 'follow'. Gila obses tak aku dengan button 'follow' tu? haha. Aku sayang la dekat button tu. Tak boleh kalau terlepas tengok. Tak kisah pon kalau orang yang kita follow tak follow kita balik. Tu semua hal kecikk je! Asalkan aku dapat laa usha macam macam jenis blog yang kreatif dalam blogger.com dan dapat buat mereka bahagiaa. Aku tawuu...mesti orang orang yang kita follow tu sengihhh memanjang sebab follower diorang naik. hik3. 

Ha, aku tengah mempromote kan diri nak jadi follower korang ni! Kalau nak aku follow, just tinggalkan korang punye URL! Aku nak korang happyyy seperti dirikuu..weee~~~~ ^_^V

"Blog Aku, Bukan Privasi Lagi "

 
picit gambar ni, pergi jalan2 ke sana~ :)
 
 Blog ieka, simple and biasa2 sajaa.. Disarankan untuk menyinggah kerana sekiranya anda tidak lakukan sedemikian, sesungguhnya tidak akan berlaku apa-apa :D nice knowing you all!
Tagged tagged tagged :
atul
novelgurl
cikaida


The more, the merrier! :)

MEREKA KATA

Peluang besar dah datang! Masa ni la kita boleh promote blog kita and kutip kawan ramai5! hihi. Jom join. The more the merrier ^^,
Terima kasih Abg Ben!


 


Kata-kata aluan:
 Assalamualaikum semuaa! ^_^V 
Salam perkenalan bloggers! ^^, Nak perkenalkan diri ni. Ehem ehem! Ibu bagi nama nur atiqah bt. mohd subkhi. Tapi orang panggil iekasub. Gabungan nama saya dan nama abah tercinta.wee~Kononnya nak nama glamor. Kot kot bole jadik artis. Tapi apakan daya, ramai sangat yang apply nak jadik artis, so saya tarik diri ajela.. Last last jadik cikgu. InsyaAllah tahun 2013. Doakan saya boleh jadi cikgu yang terbaik untuk anak didik zaman akan datang yang lebih mencabar ni keyh? Sesungguhnya warna kulit saya sangat berlainan dengan adik adik yang lain. Biasalah, gen ibu dan abah baru nak bersatu. Anak sulung kan? belum berapa nak menjadi. Bak kata abah, saya lahir bulan GERHANA! haha. lucu sungguh abah ni :D Dalam hidup iekasub, family comes first. Kedua penting, sahabat2 saya. Mereka la jiwa, hati, limpa dan segala organ yang kalau hilang, boleh bawak mati. huhu. Eyh lupe!
Jom singgah blog saya! Simple simple jee..tapi pasti tak bosan! hehe. Jom jom jomm~~ :)


05 January 2011

All Iz Well =)

Kalau hati kamu sentiasa takut kerana perkara remeh-temeh,
Letak tangan atas hati dan menenangkannya.
Hati kita bodoh, 
Nasihatinya dengan kasih sayang.
Gulung bibir kamu, bersiul
Dan katakan...

ALL IZ WELL =)

04 January 2011

"GiveAway EdY : Awak Busuk!"



Salam semuaa :) Lepas seharian mengadap wajah2 rakan dan juga lecturer kat kuliah tadi sampai ada sedikit senggok ketika matahari tegak terpacak di atas kepala, akhirnya aku dapat jugak berehat kat bilik ni. Mood, bahagiaa...pheww~ Lepas makan terus balik! Jalan laju2 dengan heels setinggi 2 inci! Bakal cikgu kan? Kena la pakai heels tu. Kalau tak, aku pakai seliparr hijau yang aku sayang tu je ha. Boleh main slide2 kat bilik kuliah. Haha. angan2 yang takkan tercapai. Tanpa memikirkan kain baju kurung yang sebenarnya terkoyak kena iron pagi tadi, Koyak2 pon koyak lah. Pakai jugak sebab baju tu cantik. Haha. Alah, koyak dekat bawah baju..orang tak nampak punyaa ;D Lepas lappy dah completely on, terus type blogger.com! Cergas betul part2 ni. Kalau kat kelas tadi, tesenggok kepala. Nasib baik tak terhantuk kat meja. Dah la sit depan lecturer. Tak malu betol iekasub ni. Sudah, lupakan tu semuaa. Jom layan GA Awak Busuk! *tutup hidung. Disebabkan busuk, hadiahnya perfume! wah! i like! terus join tanpa memikirkan masa depan

Tagged :


Trimass! ^_^V

NOTA DINDING: maaf penggunaan 'AKU' kepada kakak dan abang! :)

Semua Manusia Mahu Bahagia :)

Takda sapa pun yang taknak rasa bahagia. Kan? Kalau boleh nak hidup ni sentiasa full dengan kebahagiaan. Taknak lah sedih2 semua ni! Ish, tak baik.. tu semua kerja tuhan. Kalau takda kesedihan, takda la bahagia! wee.. Camna pun, after the rains, there will be the rainbow ^_^ And sekarang aku sangattt bahagiiiaaaa!! Orang yang selama ini menyepi kembali juga. Kamu main cak2 pulak ea?? blasah kang?! geram mula2. tapi sekarang sudahh bahagiaa..wahaha.dunia ni iekasub empunyaa~~ :DD

Tatkala Mulut Galak Melontar Bicara, Hati Pula Berat Menanggung Dosanya

Barisan ayat yang sangat indah. Memandangkan aku bakal menjadi seorang guru, dan kemungkinan besar akan menjadi guru bahasa melayu, hari ni aku nak memartabatkan bahasa melayu kita! Eceh! Tengok tajuk je pun dah memberi makna yang sangat mendalam. Kita sendiri tau, kalau mengumpat tu berdosa. Masalah nya, benda berdosa tu yang sedap dibuat! betul tak? Mungkin kita tak sedar yang kita ni mengumpat. Orang mengata belakang pun dah dikira mengumpat. Apa cerita ni?? Kalau diikutkan, banyak gila la aku mengumpat ni! Alamak..tak sedar rupanya banyak dosa yang aku buat berbanding pahala. Dah berbakul-bakul agaknya ni. Kalau jual kat pasar, pasti laku punya! Tapi aku tak sarankan orang beli dosa-dosa aku tu..buat apa aku nak menambahkan dosa orang lain sedangkan dosa sendiri tak terkira. Tahun ni nak masukkan azam baru walaupun dah 4 haribulan. Aku nak berazam untuk mengurangkan mengumpat. Cuba kurangkan dulu..kalau nak kata takkan buat langsung, gila menipu! Kot2 ada yang telajak kata ke...hehe. Alang2 ni, aku nak minta maaf la kepada semua makhluk2 di atas muka bumi ni jikalau aku ada tersalah kata, terkasar bahasa, terkutuk dengan sengaja atau tak sengaja ke..minta maaf la ea.. wah! lega rasanya bermaaf-maafan ni. Boleh la aku tidur petang dengan begitu tenang sekali. *Sebenarnya kalau tidur memang sentiasanya tenang walaupun tau banyak dosa yang dipikul ni.pfft! =_=''

03 January 2011

Sengal Zone : Masuk Bloglist Awak!

Official Header !
Hye kawan2~! (Kepit tangan kat ketiak macam Yus Raja Lawak) .. apa nak buat eyh hari ni? Apa kata masuk segmen yang encik sengal anjurkan?? macam best! *monolog dalaman masa mula2 bukak blogger. And ni second tyme aku join segmen beliau. Jom cekitout!


Okies, segmen menjawab soalan yang ditanya! 

Saya nak masuk bloglist Sengal Zone sebab itu la apa yang saya mahukan selama ini! ;))

Saya, iekasub, akan bertugas dengan penuh komitmen sekiranya diberi tugas. No sambil lewa! Sanggup bekerjasama! (muka semangat)

Secara jujurnya, blog sengal zone one of the best antara banyak2 blog yang saya follow.. Simple and so nice. Entry yang sangat menghiburkan and yang best lagi, suka buat segmen! i like yaww~~ ;D