Kau Suka, Kau Follow ^_^v

04 January 2011

Tatkala Mulut Galak Melontar Bicara, Hati Pula Berat Menanggung Dosanya

Barisan ayat yang sangat indah. Memandangkan aku bakal menjadi seorang guru, dan kemungkinan besar akan menjadi guru bahasa melayu, hari ni aku nak memartabatkan bahasa melayu kita! Eceh! Tengok tajuk je pun dah memberi makna yang sangat mendalam. Kita sendiri tau, kalau mengumpat tu berdosa. Masalah nya, benda berdosa tu yang sedap dibuat! betul tak? Mungkin kita tak sedar yang kita ni mengumpat. Orang mengata belakang pun dah dikira mengumpat. Apa cerita ni?? Kalau diikutkan, banyak gila la aku mengumpat ni! Alamak..tak sedar rupanya banyak dosa yang aku buat berbanding pahala. Dah berbakul-bakul agaknya ni. Kalau jual kat pasar, pasti laku punya! Tapi aku tak sarankan orang beli dosa-dosa aku tu..buat apa aku nak menambahkan dosa orang lain sedangkan dosa sendiri tak terkira. Tahun ni nak masukkan azam baru walaupun dah 4 haribulan. Aku nak berazam untuk mengurangkan mengumpat. Cuba kurangkan dulu..kalau nak kata takkan buat langsung, gila menipu! Kot2 ada yang telajak kata ke...hehe. Alang2 ni, aku nak minta maaf la kepada semua makhluk2 di atas muka bumi ni jikalau aku ada tersalah kata, terkasar bahasa, terkutuk dengan sengaja atau tak sengaja ke..minta maaf la ea.. wah! lega rasanya bermaaf-maafan ni. Boleh la aku tidur petang dengan begitu tenang sekali. *Sebenarnya kalau tidur memang sentiasanya tenang walaupun tau banyak dosa yang dipikul ni.pfft! =_=''

0 comments: