Kau Suka, Kau Follow ^_^v

10 January 2011

Hari Ni Dah Contact Parents Anda? :)

Assalamualaikum! :)

Mula2 nak mintak maaf sekiranya entry ni sensitif kepada certain2 orang. Kepada yang sudah kehilangan ibu dan bapa. sebagai anak, sentiasa doakan kesejahteraan hidup mereka di alam sana ye? Sedekahkan Al-Fatihah buat ibu bapa anda. Hanya doa2 dari anak yang soleh dan solehah yang menjadi bekalan buat mereka di sana. Setiap yang hidup, pasti akan mati. Kuatkan hati. Mesti ibu bapa anda di alam sana juga sentiasa mahukan yang terbaik untuk anda. :)

Pikir2 balik, aku bersyukur yang amat sangat sebab stil ada ibu dan abah yang sentiasa ada di sisi. Ramai je kawan2 aku yang dah kehilangan orang2 tersayang. Ada jugak yang kehilangan ibu dan bapa masa umur diorang baru setahun jagung. Tak pandai lagi nak urus diri semuaa. Macam mana la ea? Tabahnya mereka ni.. Nak muhasabah diri kejap sebab kawan aku cerita pasal lecturer dia tanya, yang diorang tu dah contact ibu bapa diorang. Terus rindu jap dekat parents. Tabahkan hati. Apa sebab kita belajar jauh2 kan? Sebab nak berbakti kepada ibu bapa kita. Belajar sungguh2 dan sentiasa doakan ibu bapa kita ye kawan2?  :)

Lecturer tu cakap, kalau kita pandang je wajah ibu atau bapa kita, kita dah dapat pahala! PANDANG ye? LIHAT, TENGOK. Baru tengok, belum salam, cium, peluk semuaa.. Sebab tu mereka ni ditempat kan dalam darjat yang tinggi. Tapi kalau dak belajar jauh2 ni takkan time tu jugak nak pegi beli tiket and balik rumah semata2 nak jumpa parents pulak kan? Sebab tu gunanya henfon... Text mereka. Lagi bagus, call terus! Mesti parents kita pon gembira dengar suara2 anak2 manja diorang kan? Penah dengar lagu Raihan tu kan? Mula2 sayang ibu kita, orang kedua pun ibu kita, orang ketiga baru bapa kita. Peh! Tinggi betul darjat seorang ibu ni. *ni yang rasa nak cepat kawen and dapat anak ni! (gatal)

So, dah contact parents korang belum? Kalau belum, grab henfon cepat! Call sekarang! Belum tidur lagi kot mereka tu. hehe. Kalau dah, bagi message pon oke? :)  kalau dudok serumah, pergi jumpa parents cepat! pegi stare muka mereka lama2. kalau mak korang tanya, kenapa pandang camtu?? Cakap je, saja, mak cantik la. ecece! (dalam hati mak, bangga dapat anak macam ni.) Kan ke indah tu? ^^,

2 comments:

tomatokering said...

mmg tiap2 hari kol . hehe

Unknown said...

man: :)

tomatokering: tahniah! anda memang anak yang solehah! :D