Kau Suka, Kau Follow ^_^v

17 December 2010

Bas Rapid -PEREMPUAN SAHAJA-

Ni nak story ni. Haritu aku pegi KL. Dah lame gilakk tak bejalan kesana. Kalau aku pegi sana memang takde sebab lain kalau bukan jumpa kawan2 skolah atau tengok movie yang aku mengidam sangat nak tengok. Bunyi macam susah gile nak pegi sane kan? Memang susah pon! Actually tak susah sangat, just tersangat jaoh je dari rumah aku yang ada dekat hulu selangor ni =) Kalo total perjalanan turun naik bus and keluar masok KTM, ada laa dalam 2 jam setengah baru sampai sana. Macam berjalan dari negeri selangor ke negeri lain je. Sedangkan KL dan Tanjong Karang adalah dalam satu negeri yang sama! Nak buat macam mana kalau dah jaoh kan? Ape yang aku buat hanya lah REDHA. Bukan REDAH ye?? 


Tapi, haritu memang banyak benda baru aku jumpa. Kira macam jakon la. Paham tak jakon ni apa? 
Jakon ni sama la macam orang tekejot jumpa benda baru sampai ter-melopong mulut tu ha.
But, aku tak ye? sile paham =) 


Salah satu benda baru tu, sekarang bas rapid dah sediakan perkhidmatan bas untuk wanita sahaja! Menarik! Interesting! Semua kaum perempuan patot bersyukur sebab diorang dah sediakan kemudahan yang sangat2 memberi keselesaan dan keselamatan yang tinggi setinggi gunung kinabalu. Aku gumbira la sebab lepas ni aktiviti meraba, atau mencabol atau meragot atau merompak dah tak ade! Polis pon dah dapat berehat dari kena setel kan kes2 yang berkaitan dengan perempuan ni. Mentang2 kaum perempuan ni kaum yang lemah, kami bukan sembarangan tau?? Kitorang pon boleh kungfu segala jenis penyangak tu sampai rongak kalau penyangak tu nak lah.  

BEWARE DENGAN KAUM HAWA oke? 

 

Kagum dan berterima kasih dengan usaha bas rapid buat macam tu. TAHNIAH! hope sesi percubaan yang habis 31 disember ni, akan diteruskan sebab seriously, cubaan ni dapat sambutan hangat sehangat Hot FM! Syabas sekali lagi! =) 



NOTA DINDING : nak cerita lagi panjang, tapi kang bosan pulak korang. Nah tekan web ni,
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles /Tidakperluhimpitlelaki/Article/index_html
                                        korang baca lah sendiri ye?




1 comments:

kitt-suda- said...
This comment has been removed by the author.