Kau Suka, Kau Follow ^_^v

07 April 2011

Kenapa Makin Malas?

Assalamualaikum..

Dikala ini, aku sedang membuat kerja kursus atau nama omputihnya, esaimen. Esaimeku ini bermata pelajaran Matematik. Sesungguhnya Matematik ni adalah subjek kegemaran ku sebagaimana aku menggemari kangkung belacan. Tetapi, aku sedar yang kini aku mempunyai masalah. Makin lama aku belajar, yang sekarang ni dah semester 3 bagi degree, aku semakin malas! Ya, MALAS. Malas untuk pergi ke kelas, tetapi masih belum pernah skip. Malas untuk membuat kerja kursus, macam sekarang ni. Malas untuk stadi juga. Sedangkan aku menanam impian nak capai 3.75 sem ni. Nak naikkan pointer daripada semester lepas. Siap tampal slip periksa semester lepas yang ciput je lagi nak dapat dean list. Konon keciwa. Ingat dengan menampal slip tersebut pada board bilik aku, rasa semangat nak belajar akan semakin berkobar-kobar. Nampaknya kau tipu-tipu aku. Makin pemalas adalah. Adoi. Macam mana nak naikkan balik semangat aku yang makin lama makin hilang ni? Ada 2 tahun lagi nak tamat kan pengajian. Macam ni ke guru yang akan mendidik anak bangsa nanti?? Guru yang pemalas??

3 comments:

Chegu Zubir said...

hahaha..ala.. tempuh dgn kesabaramn yer..kite dah final year..xsbr nk kuar..hehehe

jom baca
Kisah Kau Dan Aku...Episod 01

iekasub said...

chegu zubir: wahh..seronoknyaa..tapi lepas ni alam kerja pulak.lagi susahh kot..huhuhu

farhan said...

malas itu boleh diubah..berubah utk kebaikan..malas lain takpe lagi,yg penting skali kena berubah supaya rajin utk melakukan ibadat kepada allah