Kau Suka, Kau Follow ^_^v

14 February 2011

Rindu Nak Berarak Dengan Sepanduk Besarr :D

Assalamualaikum! :)

First of all, nak wish Selamat Maulidur Rasul kepada semua warga Islam di muka bumi Allah ni.. :)

Bile tengok je kalendar yang harini Hari Maulud, teringat pulak zaman-zaman sekolah rendah dulu. Mesti akan sambut maulud ni. Nanti mula lah sekolah bizi dengan persediaan untuk sambutan hari yang mulia ni. Planning macam2! Yang paling best part nak berarak. Sukaa! :D Sekarang suka lah. Kalau dulu, dok mengeluh je bila sebut pasal berarak sebab nanti kena panas terik! And masa tu kanak-kanak lagi oke? So, cam tak matang siket. heh. 

Nanti kena pakai baju kurung sama kaler! Ustazah suruh pakai baju hijau, kitorang pon pakai la baju hijau. Tapi tudungnya kuning! Dulu memang la goblok cket. Buta warna. haha. Kalau boleh, pakai tudung tu, serkop aku tutup dahi. Tudung ke belakang. Time tu rasa aku la orang paling semmart! Rupanya selekeh betol kalau tengok balik gambar lama. Dengan hitam legam nya. Selekeh betol lah!

Teringin nak jadik orang yang angkat sepanduk besar tu. Yela, aku kan maskulin,haha. Tapi apakan daya. Dulu zaman sekolah aku kemetot bebenor! Berapa cm jela ketinggian aku ni. Masa form 4 baru badan aku melonjak naik. Ni pon masih ketot.haha. *berharap boleh tinggi lagi.

Sekarang, dah tak terlibat dah dengan aktiviti berarak tu. Rindu kot~ mmmm..Nak jadik budak sekolah rendah balik boleh??

2 comments:

farhan said...

boleh2 jadi bdk sekolah rendah la best

iekasub said...

farhan: iyup! rinduu..huu