Kau Suka, Kau Follow ^_^v

27 February 2011

Ni La Perempuan

Assalamualaikum! :)

Tadi tengah dalam toilet, tiba2 dapat ilham nak buat entry. Asal dalam toilet je, mesti idea masuk. Kenapa ek?? Nak cerita pasal perempuan la. Including aku kerana aku memang seorang perempuan. Tadi ter-imbau kenangan lamaa, yang mengusik jiwa, rasa macam bodoh pon ada jugak. 

Ni la perempuan. Kalau nak bersiap, mesti nak ber-jam-jam. Tu kalau jenis suka melaram. Aku besiap kejap je. Setengah jam kot. Oke la tu kan? hehe. Ni la perempuan. Kalau tengah nak period tu, emosi kemain! Yela, tak boleh solat kan? So xde darah dalam kepala sebab tak sujud. Tu pasal cepat naik angin tu. Sabor jelaa~ Ni la perempuan. Kalau dah jumpa dengan kawan2 seperjuangan, mesti ada ter-mengumpat. TER! bukan sengaja. Contohnya aku. Tak sengaja! Niat di hati nak wujudkan topik baru je. :P Ni la perempuan. Kalau tang jaga body, huih, nombor satu! Sanggop tak makan nasik ber-bulan-bulan. Pastu berat naik sikit, mula la cuak. haha. *ntah bila aku nak berisi sedikit. Ni la perempuan. Kalau dah terlalu dalam sifat penyayang nya tu, tak kisah la kat haiwan ke, manusia ke, mesti jadik obses gila! Kalau jumpa binatang comel je, geram. Kalau jumpa baby comel gebu kiut miut, mesti geram. Rasa macam nak culik je. haih. Ni la perempuan. Kalau jumpa pakwe hensem je, mesti nak toleh. Bukan toleh je, tenung sampai tembos! Well,memuji ciptaan Tuhan.. ;) Ni la perempuan. Kalau jenis kuat shoping, jumpa barang yang dia suka, sanggop perabis duit. Tapi kalau beli makanan termahal seringgit pon nak marah. Ni la perempuan. Kalau dia betol2 sayang dekat orang yang tinggalkan dia, kompem nangis tak berenti. Kalau iekasub? maximum 2 tahun la. Bukan nangis tak berenti-berenti! Banjir la dunia! Maksudnya, susah nak lupa. Kalau ter-ingat orang tu, mula la merembes. Lenjun selimut and bantal. *Tak buat camtu dah. tobat.haha. ngok sangat~ Ni la perempuan. Kalau dah bercakap, memang tak reti nak berenti! Ha kan dah panjang macam esei. Ni la perempuan, memang banyak cakap. Oke dah cukup wahai perempuan. Fullstop!

6 comments:

Anonymous said...

ermmm... menarik

Unknown said...

manL hee ^^ tengkiu tengkiu

cikpuanNaiz said...

hoho....ni mmg pompuan~

Unknown said...

bella: ^^,

Bunga said...

tapi bunga paling lama pom 10 minit je mekap..haa..

Unknown said...

bunga: alamak. sye jela yg besiap lame even tak make up! huu